Skim Pembiayaan Perniagaan Kelestarian dan Hijau (SGBF)
Skim bagi syarikat pembuatan & perkhidmatan bertujuan menggalakkan & meningkatkan penggunaan teknologi hijau untuk kekal berdaya tahan dan berdaya saing
Meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera dalam industri automotif dan membantu menaik taraf bengkel sedia ada kepada skala yang lebih besar dengan perkhidmatan 3S
i-Suri ialah skim caruman sukarela KWSP bagi wanita eKasih seperti suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang untuk jamin kesejahteraan hidup dan diiktiraf.
Bantuan tunai ini disalurkan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak, dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan ahli keluarga akibat kehilangan Ketua Keluarga, waris, atau individu yang seumpamanya.
Skim pembiayaan bagi PMKS untuk beralih kepada operasi rendah karbon/ amalan perniagaan mampan dalam pengangkutan bersih, kecekapan tenaga, bangunan hijau dan tenaga diperbaharui
Program pelaburan bagi PMKS & Perusahaan Sosial bertujuan memperkasa pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan pembiayaan peer-2-peer
Menyediakan pembiayaan kepada syarikat yang terlibat dalam aktiviti yang menyokong pelaksanaan Rangka Kerja Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12
Penambahbaikan Skim Ex Gratia Bencana Kerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
Penambahbaikan skim meliputi kes kemalangan semasa bertugas dalam operasi, kes kematian bencana kerja, kadar elaun layanan sentiasa, bayaran hilang upaya sementara & peluasan skop liputan
Program Green Technology Financing Scheme (GTFS) 5.0
Skim pembiayaan sebanyak RM1 bilion dengan jaminan Kerajaan sehingga 80% bagi menggalakkan projek teknologi hijau di kalangan pemain industri (selain solar)
Geran bagi syarikat untuk mengikuti program intervensi berstruktur bertujuan membantu syarikat mengembangkan kapasiti & keupayaan ke pasaran eksport
Dana Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) untuk membantu penggiat industri pelancongan menjalankan kempen promosi dan pemasaran pelancongan dalam dan luar negara
Khidmat pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju
RMT ialah bantuan makanan oleh KPM bagi murid rendah luar bandar & B40 untuk tingkat kesihatan, fizikal & amalan pemakanan melalui bekalan harian dan susu
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)
PeKa B40 ialah inisiatif kesihatan untuk golongan B40 bagi menampung keperluan rawatan penyakit tidak berjangkit melalui pelbagai bantuan dan insentif.
Program melibatkan pembangunan bakat mahir, jaringan kerjasama, pengembangan teknologi moden & pembiayaan melalui inovasi bioteknologi yang menyokong kelestarian
Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling oleh pihak-pihak berkuasa pelabuhan kepada pelaut tempatan
Tajaan latihan dan kemahiran up-skilling kepada pelaut tempatan bagi meningkatkan pengetahuan & kompetensi sebagai pelaut (up-skilling) supaya memiliki sijil had pelayaran perkapalan tanpa batas (unlimited)
Memudahcara syarikat pemula & PKS yang telah mengembangkan teknologi mereka sendiri dan menjalankan R&D untuk mendapatkan akses kepada peluang perolehan Kerajaan
Pembiayaan hutang teroka untuk syarikat pemula berasaskan teknologi dalam mendapatkan keperluan modal kerja, pembelian aset/peralatan & pembangunan perniagaan
Skim pembiayaan bagi usahawan wanita untuk meningkatkan perniagaan ke tahap lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing
Kemudahan pinjaman mikro yang untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan secara formal untuk membantu mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan.
Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP 2030 (NIMP CoSIF)
Dana pelaburan bersama bagi syarikat PKS dan MTC bertujuan untuk menggalakkan penyertaan pelabur dalam pembiayaan sektor keutamaan dan sektor pertumbuhan baharu
Skim pembiayaan bagi syarikat bertujuan menyokong aktiviti berkaitan tenaga di bawah Pelan Peralihan Tenaga Nasional (NETR) - Tenaga boleh diperbaharui
Peluasan ke seluruh negara bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah dalam kalangan B40 bertujuan untuk mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah skim ini
Program Celik MADANI memberi peluang kepada 100,000 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT untuk membuka akaun ASB bernilai RM50 secara percuma
Akses kepada pembiayaan untuk usahawan mikro di bawah Skim Pembiayaan Mikro, terutamanya untuk segmen yang tidak atau kurang mendapat akses pembiayaan dari institusi kewangan
Kemudahan pembiayaan bagi PKS & syarikat pemula yang inovatif dan melabur dalam sektor strategik, bidang teknologi digital, teknologi hijau dan bioteknologi
Skim pembiayaan kepada pra-kontrak kontraktor kecil G1 - G4 Bumiputera bertujuan untuk membantu kedudukan aliran tunai bagi projek berskala kecil Kerajaan
EPOKU ialah bantuan tunai yang diberikan kepada OKU bagi menggalakkan mereka terus bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Program pembiayaan ekuiti bagi syarikat yang terlibat dalam aktiviti berkaitan sektor pertumbuhan baharu serta menyokong PMKS yang memerlukan modal perniagaan
Kemudahan pembiayaan bagi sektor perniagaan nano/ mikro/ kecil serta golongan bekas banduan, pelatih AADK, JKM, OKU dan PERKESO untuk menceburi bidang perniagaan
Peluasan kriteria pemberian geran padanan sehingga RM5,000 ke atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di IPTA tertakluk kepada syarat
Program Syarikat Mid-Tier untuk meningkatkan daya saing syarikat tempatan dengan pertumbuhan dan bernilai tinggi melalui pembiyaan dan program sokongan
Skim pembiayaan bagi PKS Bumiputera merangkumi khidmat runding, pemantauan prestasi perniagaan, pembangunan perniagaan dan usahawan melalui kursus dan latihan
Menyediakan bantuan kepada pesawah yang mengalami kerosakan atau kerugian kekal pada tanaman padi mereka akibat bencana alam, perosak tanaman dan penyakit
Galakan pekebun kecil mengusahakan semula kawasan ladang getah terbiar dan tidak ditoreh
Galakan pekebun kecil mengusahakan semula kawasan ladang getah terbiar dan tidak ditoreh melalui pajakan tanah terbiar untuk diusahakan semula dan keuntungan akan dibahagikan
Rawatan Dialisis Peritoneal bagi pesakit buah pinggang tahap akhir (End Stage Kdney Disease - ESKD) diperluaskan untuk semua pesakit KKM di seluruh negara
Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contracting - EPC)
Memperkenalkan Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contracting - EPC) bagi membantu semua agensi kerajaan dalam penjimatan bil elektrik sehingga 10%
Tabung Bencana Pertanian (TBP) bagi membantu golongan yang terkesan akibat bencana demi memastikan pemulihan dan kelestarian projek agromakanan nasional
Caruman sukarela bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima)
Pinjaman kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) untuk membiayai modal pusingan serta pembelian mesin dan peralatan serta ubah suai premis perniagaan
Pembiayaan disediakan kepada usahawan untuk membantu dalam usaha mendapatkan pensijilan halal, memperluas pasaran dan meningkatkan keyakinan pelanggan.
Kemudahan pembiayaan perniagaan melalui bank dengan jaminan untuk usahawan Bumiputera, termasuk program Groom Big dan kerjasama dengan Bank Muamalat, Rakyat, Exim.
Pembiayaan untuk bantu usahawan PKS Bumiputera bersedia membawa produk ke pasaran eksport / antarabangsa, melalui kerjasama dengan SME Corporation Malaysia.
Pembiayaan kepada usahawan Bumiputera untuk berkembang dalam perniagaan kelas menengah, mengukuh kedudukan dan mempersiapkan mereka menjadi pemain global.
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ialah platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui "fleet card".
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.
Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)
Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI membantu individu tanpa pendapatan tetap memiliki rumah dengan jaminan kerajaan melalui institusi kewangan terpilih.
Pembiayaan mikro yang eksklusif untuk penduduk tetap Kampung Baru Cina
Pembiayaan perniagaan bagi usahawan penduduk tetap Perkampungan Baru Cina yang menjalankan perniagaan bertujuan untuk membiaya modal kerja, pembelian aset & pengubahsuaian premis
Program NUR: CHILLER oleh SEDA Malaysia memberikan e-Rebat RM250/RT (maksimum RM75,000) kepada pemilik syarikat yang tukar chiller baharu untuk cooling 2025.
NTW 2025 ialah program latihan percuma terbesar di Malaysia dan ASEAN, berlangsung 14–21 Jun. Terbuka kepada semua, ia menawarkan pelbagai kursus kemahiran secara fizikal dan dalam talian untuk meningkatkan daya saing dan pengetahuan peserta.
Geran Digital PMKS MADANI menyokong Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing perniagaan melalui perkhidmatan seperti pembayaran digital dan pemasaran dalam talian.
Program ini memberikan insentif sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan kepada majikan yang mengambil pekerja daripada golongan sasar seperti OKU dan bekas banduan untuk bekerja dengan gaji lebih tinggi.
eKasih ialah sistem pangkalan data isi rumah miskin untuk agihan bantuan kerajaan. Ia bantu elak pertindihan bantuan dan pastikan program disalur kepada yang benar-benar layak berdasarkan PGK
Program KASIH Ibu Tunggal adalah inisiatif oleh JPW untuk memperkasakan ibu tunggal melalui tiga modul utama: pengurusan kewangan, kemahiran perundangan, dan pembangunan potensi tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Kad Pekerja Madani memberi diskaun hingga 30% kepada ahli kesatuan sekerja di lebih 100 syarikat, termasuk pasaraya, pakaian, makanan, minuman, perjalanan, dan penginapan.
Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan peluang pendidikan kepada anak autisme di pusat pembelajaran bertauliah.