Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 13/03/2025

  • ​Skim Jaminan Kredit Perumahan MADANI (SJKP MADANI) adalah inisiatif kerajaan bertujuan membantu individu tanpa pendapatan tetap, seperti pekerja gig dan peniaga kecil, untuk memiliki rumah sendiri. 
  • Melalui skim ini, kerajaan menyediakan jaminan pembiayaan perumahan bagi mereka yang sukar mendapatkan pinjaman melalui saluran konvensional.

PERKARA  

PENERANGAN  

Tujuan Pembiayaan  

  • Pembiayaan gadai janji  

Had Pembiayaan  

  • Sehingga RM360,000.00 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA / MRTT, LTHOT, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)

Jenis Pembiayaan  

  • Pinjaman / Pembiayaan bertempoh 

Tempoh Pembiayaan  

  • Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)  

Jaminan Pembiayaan 

  • Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi:

    i. Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan 

    ii. Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA / MRTT, LTHOT, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot

Kadar Faedah / Keuntungan  

  • Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat  

Nota: Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000

 

MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful

LTHO: Long Term House owner's Takaful

  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad
Telipon

TELEFON

​03-2096-5000​

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda