Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025
Semenanjung Malaysia | RM3.50 seorang murid / hari |
Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan | RM4.00 seorang murid / hari |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Buku Panduan Pengurusan Program Rancangan Makanan Tambahan 2.0
i. Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK); ii. Pendapatan Isi Rumah (PIR) keluarga murid adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa dalam kategori miskin tegar; atau iii. Murid di Sekolah Orang Asli / Penan; atau iv. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) |
Nota:
i. Murid yang tingal di asrama tidak layak menerima RMT.
ii. Bagi semua kategori murid yang layak diatas, proses permohonan adalah seperti proses biasa (pengisian borang) dan tiada kaedah layak menerima bantuan secara automatik
iii. Perubahan kelayakan berdasarkan pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke seamasa dan kadar PGK Nasional bagi tahun semasa yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Nota: Pihak sekolah akan menilai permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga setelah proses penilaian selesai.