Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025
Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum);
ii. Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan;
iii. Sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan;
iv. Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap;
v. Bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK);
vi. Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif; dan
vii. Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Perikanan Malaysia dengan klik di sini
Syarat Kelayakan:
i. Memiliki MyKad (Biru).
ii. Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
iii. Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
iv. Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja.
i. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat ii. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat
Nota : Pendaftaran boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran. |
i. Salinan MyKad ii. Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen iii. Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat iv. Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut v. Gambar pemohon vi. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu) |
i. Pembayaran elaun sara hidup bulanan kepada nelayan darat tulen yang layak adalah melalui akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut. ii. Pembayaran akan dibuat oleh Pejabat Perikanan Negeri ke akaun penerima melalui pihak Agrobank. |