Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah program lanjutan daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi. Program sumbangan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan di bawah Belanjawan 2025, yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
  • Pelaksanaan SARA akan bermula pada 15 Januari 2024 (Rabu) melalui MyKad secara bulanan kepada penerima miskin dan miskin tegar 
  • Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. 
  • Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:
  • Beras
  • Makanan Dalam Tin

    i. Contoh: Sardin, Tuna

  • Telur
  • Minuman

    i. Contoh: Susu, Teh, Kopi

  • Minyak Masak
  • Bahan Perasa

    i. Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam

  • Tepung 
  • Produk Penjagaan Diri

    i. Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, Sabun

  • Roti
  • Barangan Kebersihan Rumah

    i. Contoh: Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantai

  • Biskut
  • Ubat-ubatan

    i. yang diluluskan oleh KKM

  • Mi Segera
  • Keperluan sekolah

    i. Contoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulis

  • Langkah-langkah membeli barangan:
Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
Tunjuk MyKad untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
Tukar Nombor PinPenerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru
Imbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
Bayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
Simpan Resit untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) & MyKasih
Telipon

TELEFON

1-800-88-2747

03-8882-4565
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tiada Permohonan Diperlukan
Penghargaan SARA: Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang Layak
Ucapan Penghargaan kepada Rakyat oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Julai 2025 telah mengumumkan bahawa setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 yang boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025 melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).Sebagai contoh: Sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM400 dan bukannya hanya RM100. Nota: Kelayakan sedia ada serta one-off Penghargaan SARA ini boleh dibelanjakan sehingga 31 Disember 2025. Bagi penerima SARA sedia ada STR, pengkreditan kelayakan Ogos 2025 SARA sedia ada ke dalam MyKad akan diterima pada awal Ogos 2025 manakala tambahan one-off sebanyak RM100 pula akan dikreditkan pada 31 Ogos 2025.Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:BerasMakanan Dalam Tini. Contoh: Sardin, TunaTelurMinumani. Contoh: Susu, Teh, KopiMinyak MasakBahan Perasai. Contoh: Sos, Kicap, Gula, GaramTepung Produk Penjagaan Dirii. Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, SabunRotiBarangan Kebersihan Rumahi. Contoh: Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantaiBiskutUbat-ubatani. yang diluluskan oleh KKMMi SegeraKeperluan sekolahi. Contoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulisNota: Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa.  Langkah-langkah membeli barangan:Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategoribarangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda hargaTunjuk MyKad untuk PengesahanJuruwang menyemak status MyKad penerima bantuanTukar Nombor PinPenerima bantuan perly menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baruImbas Kod BaranganJuruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkanBayar Menggunakan MyKadPenerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelianSimpan Resit untuk SemakanPenerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelianSemakan baki SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih FoundationSenarai pasar raya dan kedai runcit yang terlibat boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih Foundation Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Permohonan Dibuka
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2025 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2025.Pembayaran STR adalah seperti berikut:FasaKaedah PembayaranJenis PenerimaTarikh Pembayaran Fasa 1Ada Akaun Bank Mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat.Tiada Akaun BankTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 22 Januari 2025Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak)Fasa 2Ada Akaun BankPenerima Sedia AdaMulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.Penerima Baharu Rayuan Mulai 03 April 2025 secara berperingkat.Tiada Akaun BankPenerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak)Penerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025Fasa 3Ada Akaun BankPenerima Sedia AdaMulai 12 ogos 2025 secara berperingkatPenerima Baharu Rayuan Mulai 12 ogos 2025 secara berperingkatTiada Akaun BankPenerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 12 Ogos 2025Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 21 Ogos 2025Tiada Akaun Bank (Pendalaman Sabah / Sarawak)Penerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 12 Ogos 2025Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 21 Ogos 2025Fasa 4Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasaNota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025 Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)