Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 06/03/2025

  • Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)  merupakan sebuah skim jaminan Kerajaan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan berkaitan pelancongan bertujuan untuk menyediakan bantuan pembiayaan dari segi modal kerja dan perbelanjaan modal 
  • Tempoh pembayaran semula tidak melebihi 7 tahun, dengan sekurang-kurangnya 6 bulan moratorium untuk ansuran bulanan
  • Dibuka dari 1 Ogos 2020 sehingga had peruntukan skim berjumlah Ringgit Malaysia Satu Bilion (RM1 bilion) habis digunakan sahaja
  • Skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain

 

Jenis pembiayaan
  • Pinjaman Bertempoh/ Pinjaman Bertempoh-i dan Kemudahan Overdraft/ Aliran Tunai Perniagaan-i
Had pembiayaan
  • Untuk PKS: Sehingga RM500,000 
  • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro: Sehingga RM75,000
Jaminan pembiayaan
  • Untuk PKS - Jaminan sehingga 80% 
  • Untuk Perusahaan-perusahaan Mikro - Jaminan sehingga 90% 
Yuran jaminan
  • 0.50% setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu (payable upfront)
Sumber dana
  • Daripada institusi-institusi kewangan yang terlibat atau Bank Negara Malaysia
Kadar faedah/ keuntungan
  • Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan SJPP)

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Bank Negara Malaysia (BNM)
Telipon

TELEFON

+603-26113888

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda