Terakhir dikemas kini pada 03/01/2025
Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini ditujukan kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan.
Tujuan BLP adalah untuk membantu golongan ini mendapatkan latihan kemahiran atau peluang latihan sambil bekerja.
Kadar bayaran BLP adalah RM200 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut,sila rujuk laman rasmi Jabatan kebajikan Masyarakat
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia ;
ii. Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian;
iii. Anak-anak penerima bantuan; atau
iv. Bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
v. Kes-kes selian akhlak; atau
vi. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
vii. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan; atau
viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL)
Nota : Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan dan pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
Salinan MyKad
Salinan Kad OKU Berdaftar dengan JKM (sekiranya berkaitan)
Salinan surat tawaran latihan;
Pengesahan menjalani latihan dari agensi pengendalian latihan;
Salinan penyata akaun bank terkini; dan
Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
Permohonan boleh dibuat secara manual dengan memuat turun borang JKM 18 atau secara dalam talian melalui laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.