Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
Terakhir dikemas kini pada
04/08/2025
- Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan pusat komuniti yang menyediakan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan khusus untuk warga emas, bertujuan meningkatkan kualiti hidup golongan ini melalui pendekatan pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental).
- PAWE diwujudkan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tujuan utama penubuhan PAWE adalah untuk memberi ruang kepada warga emas agar mereka dapat berinteraksi, menjalani aktiviti yang bermanfaat, dan mengembangkan kemahiran dalam pelbagai bidang.
- Antara program yang ditawarkan termasuk aktiviti fizikal, seni, kraf tangan, serta sesi sosial yang membantu menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka.
- PAWE juga berperanan penting dalam memastikan warga emas tidak merasa kesepian dan terus menikmati kehidupan yang bermakna.
Kumpulan sasar PAWE merangkumi dua kategori iaitu:
i. Secara langsung: warga emas yang sihat dan mampu berdikari; serta
ii. Secara tidak langsung: ahli komuniti setempat seperti kanak-kanak, remaja, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), keluarga dan komuniti rentan.
- Warga Emas yang berminat menjadi ahli PAWE perlu mengisi borang pendaftaran ahli di Pusat Aktiviti Warga Emas yang berhampiran dengan tempat tinggal
Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda