Caruman Untuk Pekerja Bukan Warganegara Malaysia
Permohonan Akan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 29/07/2025

  • Caruman KWSP untuk pekerja bukan warganegara kini diwajibkan, selaras dengan Belanjawan 2025. Ia adalah sebahagian daripada skim di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Majikan wajib mendaftar dan mencarum KWSP untuk semua pekerja bukan warganegara yang mempunyai pas kerja yang sah, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang.
  • Majikan hanya perlu mula mendaftarkan dan mencarum untuk pekerja bukan warganegara Malaysia mulai 1 Oktober 2025
  • Majikan hendaklah membayar caruman untuk sesuatu bulan upah pada atau selewat-lewatnya 15 haribulan bulan berikutnya. 
Contoh: Gaji bulan November 2025 Maka Bulan Caruman adalah Disember 2025 dan hendaklah dibayar sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Disember 2025. Majikan dikehendaki membayar syer pekerja dan majikan kepada KWSP. 
  • Majikan boleh memotong syer pekerja daripada gaji pekerja. Caruman KWSP hendaklah dibayar dalam nilai ringgit penuh dan tiada nilai sen dibenarkan.
  • Kadar caruman bagi pekerja bukan warganegara Malaysia mulai Oktober 2025 adalah seperti berikut:

Kategori pekerja bukan warganegara

Kadar Caruman mulai Oktober 2025

Belum mencapai usia 60 tahunTelah mencapai umur 60 tahun
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang juga adalah Pemastautin Tetap di MalaysiaTiada perubahan SM: 13% atau 12%, SP: 11%Tiada perubahan SM: 6.5% atau 6%, SP: 5.5%
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebelum 1 Ogos 1998Tiada perubahan SM: 13% atau 12%, SP: 11%Tiada perubahan SM: 6.5% atau 6%, SP: 5.5%
Pekerja bukan warganegara Malaysia yang telah mendaftar selepas 1 Ogos 1998SM: 2%, SP: 2%SM: 2%, SP: 2%

Nota: 

i. SM: Syer Majikan

ii. SP: Syer Pekerja

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda