Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula(TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula (TSPKS) dan Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) adalah dua inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu pekebun kecil sawit meningkatkan pengeluaran hasil dan memperbaiki infrastruktur pertanian mereka

 

  • TSPKS bertujuan untuk memberikan pembiayaan mudah kepada pekebun kecil sawit bagi tujuan menanam semula pokok sawit yang sudah tua atau tidak produktif. Program ini memberikan kemudahan pinjaman yang lebih rendah kadar faedahnya, bagi memastikan pekebun kecil dapat menggantikan pokok sawit yang telah mencapai usia maksimum pengeluaran dengan tanaman baru yang lebih produktif

 

  • IPPKS pula bertujuan untuk menyediakan bantuan input pertanian seperti baja, racun, alat dan mesin pertanian kepada pekebun kecil sawit. Ini untuk meningkatkan hasil pengeluaran sawit dengan memastikan bahawa pekebun kecil mempunyai akses kepada sumber yang diperlukan untuk menguruskan ladang mereka dengan lebih baik.

 

  • Kelebihan Permbiayaan:
    • Kadar keuntungan pembiayaan serendah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan
    • Jumlah maksimum pembiayaan sehingga RM91,000 dan RM16,250 masing-masing untuk TSPKS dan IPPKS
    • Tempoh pembiayaan yang panjang iaitu maksimum 12 tahun (bagi TSPKS) dan 2 tahun (bagi IPPKS)
    • Banyaran ansuran bagi skim TSKPS hanya bermula pada bulan ke-49 (usia sawit 5 tahun)
    • Had keluasan untuk pembiayaan sehingga maksimum 6.5 hektar

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Agrobank

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Agrobank & Malaysian Palm Oil Board (MPOB)
Telipon

TELEFON

1-300-88-2476

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda