Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan;
iii. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
iv. Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber); ATAU
vi. Kes-kes yang melebihi pendapatan RM1,700 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Nota: Pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran
i. Salinan MyKad pemohon; ii. Salinan kad OKU / slip pendaftaran daripada majikan; atau iii. Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa, / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau iv. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri); v. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat); vi. Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan vii. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu) |
Borang permohonan / Borang Kaji Semula Bantuan:
i. Borang Permohonan JKM 18
ii. Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20
iii. Borang Pendaftaran OKU