Penambahbaikan Skim Ex Gratia Bencana Kerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 20/08/2025

  • Skim Ex Gratia Bencana Kerja merupakan skim perlindungan sosial yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi menyediakan bayaran faedah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengalami Bencana Kerja. 
  • Mulai tahun 2025, skim ini telah ditambah baik dengan meliputi aspek-aspek seperti: 

    i. Pewujudan bayaran bagi kes kemalangan semasa bertugas dalam operasi

    ii. Kes kematian akibat bencana kerja

    iii. Kadar elaun layanan sentiasa

    iv. Pewujudan bayaran hilang upaya sementara

    v. Peluasan skop liputan.

  • Pegawai hendaklah:

    i. Melaporkan secara lisan atau bertulis mengenai Bencana Kerja yang berlaku tersebut kepada Ketua Jabatan dengan segera;

    ii. Membuat laporan polis mengenai kemalangan yang berlaku (selain penyakit khidmat) dan mendapatkan salinan asal laporan tersebut untuk tujuan pelaporan kepada Ketua Jabatan;

    iii. Memastikan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan berlakunya bencana disimpan dengan baik bagi tujuan permohonan Skim melalui Ketua Jabatan;

    iv. Memaklumkan kepada Ketua Jabatan sekiranya telah selesai menjalani rawatan sepertimana yang ditetapkan pihak hospital; dan

    v. Memberikan kerjasama kepada Ketua Jabatan supaya permohonan yang lengkap dapat dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Perkeliling Perbendaharaan Malaysia dengan klik di sini atau klik di sini untuk WhatsApp Channel Skim Ex Gratia

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Kewangan
Telipon

TELEFON

03-8882-4394

03-8882-4655
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda