Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) - Laut
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 23/06/2025

  • Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan untuk meringankan beban golongan nelayan yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup. ESHN merupakan bantuan bulanan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada pemilik vesel perikanan dan awak-awak yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.

  • Kadar bantuan ialah sebanyak RM 300.00 sebulan (bergantung pada zon) kepada kategori penerima yang layak

  • kategori penerima: 

    i. Pemilik vesel perikanan Zon A

    ii. Pemilik vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat

    iii. Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C, dan C2 yang merupakan warganegara Malaysia

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
Telipon

TELEFON

03-8064-9000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
Jabatan Perikanan Malaysia - Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)
Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) bagi nelayan bertujuan untuk meringankan kos & beban sara hidup.Kadar bayaran elaun sara hidup bulanan adalah sebanyak RM250.00 bagi setiap nelayan darat tulen yang layakUntuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHN)