Program KASIH Ibu Tunggal (KasihnITa)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025

  • Program KASIH Ibu Tunggal (KasihnITa) ialah inisiatif oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama pelbagai agensi dan pakar, bertujuan memperkasakan golongan ibu tunggal.
  • Program ini merangkumi tiga modul utama: 

    i. Modul Pengurusan Kewangan 

    ii. Modul Kemahiran Perundangan

    iii. Modul Pembangunan Potensi

  • Permohonan akan dibuka bermula pada 16 Mei 2025 sehingga 31 Julai 2025.
  • Program yang ditawarkan:

Modul

Penerangan

Fasa 1 (Pengenalan secara dalam talian)

Fasa 2 (Kursus Intensif secara fizikal)

Fasa 3 (Coaching and Mentoring secara dalam talian dan fizikal)

Pengurusan Kewangan
  • Menstrukturkan semula kewangan. 
  • Teknik mengurangkan bebanan hutang dan komitmen bulanan. 
  • Rahsia meningkatkan simpanan dalam masa yang singkat. 
  • Strategi pelaburan dan penjanaan kekayaan.
  • Kandungan:

    i. Pengenalan kepada pengurusan kewangan.

    ii. Pemeriksaan kesihatan kewangan.

    iii. Urus wang minda tenang

  • Tarikh Modul dilaksanakan:

    i. Zon Tengah (Selangor) - 9 Ogos 2025 (Sabtu) 

    ii. Zon Utara (Pulau Pinang) - 16 Ogos 2025 (Sabtu) 

    iii. Zon Selatan (Negeri Sembilan) - 23 Ogos 2025 (Sabtu)

    iv. Zon Pantai Timur (Kelantan) - 29 Ogos 2025 (Jumaat)

    v. Sabah - 13 September 2025 (Sabtu) 

    vi. Sarawak - 20 September 2025 (Sabtu)

     

Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa

  • Kandungan:

    i. Cabaran ibu tunggal.

    ii. Matlamat kewangan dan pengurusan aliran tunai.

    iii. Pelaburan dan penipuan kewangan.

    iv. Nasihat kewangan peribadi

  • Tarikh modul dilaksanakan:

    i. Zon Tengah (Selangor) - 27 September 2025 (Sabtu)

    ii. Zon Utara (Pulau Pinang) - 4 Oktober 2025 (Sabtu)

    iii. Zon Selatan (Negeri Sembilan) - 11 Oktober 2025 (Sabtu)

    iv. Zon Pantai Timur (Kelantan) - 18 Oktober 2025 (Sabtu)

    v. Sabah - 25 Oktober 2025 (Sabtu)

    vi. Sarawak - 1 November 2025 (Sabtu)

     

Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa

 

  • Tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian
  • Penyertaan adalah terhad kepada 50 peserta sahaja untuk Fasa 1 di setiap zon yang terpilih.
  • Kandungan:

    i. Bimbingan kelompok, khidmat nasihat dan perbincangan cadangan penyelesaian terhadap isu / tugasan berkaitan peserta.

  • Tarikh dan Masa Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Julai hingga Disember 2025, dengan masa yang ditetapkan mengikut kesesuaian setiap kumpulan.
  • Program ini akan dijalankan secara fizikal mengikut zon yang ditetapkan atau dalam talian. Lokasi dan kaedah akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kesesuaian dan ketetapan kumpulan.
Kemahiran Perundangan
  • Pendedahan tatacara dan prosedur perundangan di mahkamah. 
  • Kaedah membuat tuntutan sendiri di mahkamah tanpa bantuan guaman.
  • Analisis kes dan khidmat nasihat guaman.
  • Khidmat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) - peguam akan mengendalikan kes anda ke mahkamah secara percuma - tertakluk kepada terma dan syarat.
  • Kandungan:

    i. Hak sebelum perkahwinan. 

    ii. Hak selepas perkahwinan. 

    iii. Hak ketika pembubaran perkahwinan. 

    iv. Hak berkaitan keganasan rumah tangga. 

    v. Hak selepas kematian suami.

  • Tarikh Modul dilaksanakan:

    i. Zon Tengah (Selangor) - 9 Ogos 2025 (Sabtu) 

    ii. Zon Utara (Pulau Pinang) - 16 Ogos 2025 (Sabtu) 

    iii. Zon Selatan (Negeri Sembilan) - 23 Ogos 2025 (Sabtu)

    iv. Zon Pantai Timur (Kelantan) - 29 Ogos 2025 (Jumaat)

    v. Sabah - 13 September 2025 (Sabtu)

    vi. Sarawak - 20 September 2025 (Sabtu)

 

Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa

  • Kandungan:

    i. Proses dan prosedur tuntutan di Mahkamah Syariah.

    ii. Mendraf pliding tuntutan di mahkamah.

    iii. Persediaan perbicaraan tuntutan di mahkamah.

    iv. Penyediaan penghujahan & persediaan keputusan di mahkamah.

  • Tarikh Modul dilaksanakan:

    i. Zon Tengah (Selangor) - 27 September 2025 (Sabtu)

    ii. Zon Utara (Pulau Pinang) - 4 Oktober 2025 (Sabtu)

    iii. Zon Selatan (Negeri Sembilan) - 11 Oktober 2025 (Sabtu)

    iv. Zon Pantai Timur (Kelantan) - 18 Oktober 2025 (Sabtu)

    v. Sabah - 25 Oktober 2025 (Sabtu)

    vi. Sarawak - 1 November 2025 (Sabtu)

 

Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa

 

  • Tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian
  • Penyertaan adalah terhad kepada 50 peserta sahaja untuk Fasa 1 di setiap zon yang terpilih.
  • Kandungan:

    i. Sesi bedah siasat profil peribadi peserta dalam kumpulan masing-masing.

    ii. Pencarian fakta kes dan kedudukan hasrat, kehendak dan halangan setiap peserta untuk meneruskan proses tuntutan di mahkamah.

    iii. Formulasi strategi untuk menyelesaikan permasalahan dan halangan mengikut kes individu.

  • Tarikh dan Masa Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Julai hingga Disember 2025, dengan masa yang ditetapkan mengikut kesesuaian setiap kumpulan.
  • Program ini akan dijalankan secara fizikal mengikut zon yang ditetapkan atau dalam talian. Lokasi dan kaedah akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kesesuaian dan ketetapan kumpulan.
Pembangunan Potensi
  • Kenali dan kembangkan potensi diri.
  • Pengurusan konflik / masalah dan emosi.
  • Pembentukan minda positif. 
  • Strategi mencapai kejayaan.
  • Kandungan:

    i. Ujian personaliti (kenali diri)

    ii. Pengurusan stres & emosi.

    iii. Bagaimana menguruskan masalah.

  • Tarikh Modul dilaksanakan:

    i. Zon Tengah (Selangor) - 9 Ogos 2025 (Sabtu) 

    ii. Zon Utara (Pulau Pinang) - 16 Ogos 2025 (Sabtu) 

    iii. Zon Selatan (Negeri Sembilan) - 23 Ogos 2025 (Sabtu)

    iv. Zon Pantai Timur (Kelantan) - 29 Ogos 2025 (Jumaat)

    v. Sabah - 13 September 2025 (Sabtu) vi. Sarawak - 20 September 2025 (Sabtu)

     

Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa

  • Kandungan:

    i. Memupuk minda positif dan gaya berfikir.

    ii. Mindfulness. Pengurusan stres dan emosi.

    iii. Membina rangkaian sokongan.

    iv. Strategi mencapai visi dan misi.

  • Tarikh Modul dilaksanakan:

    i. Zon Tengah (Selangor) - 27 September 2025 (Sabtu)

    ii. Zon Utara (Pulau Pinang) - 4 Oktober 2025 (Sabtu)

    iii. Zon Selatan (Negeri Sembilan) - 11 Oktober 2025 (Sabtu)

    iv. Zon Pantai Timur (Kelantan) - 18 Oktober 2025 (Sabtu)

    v. Sabah - 25 Oktober 2025 (Sabtu)

    vi. Sarawak - 1 November 2025 (Sabtu)

 

Nota: tertakluk kepada perubahan daripada semasa ke semasa

  • Kandungan:

    i. Bimbingan kelompok, khidmat nasihat dan perbincangan cadangan penyelesaian terhadap isu / tugasan berkaitan peserta.

  • Tarikh dan Masa Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Julai hingga Disember 2025, dengan masa yang ditetapkan mengikut kesesuaian setiap kumpulan.
  • Program ini akan dijalankan secara fizikal mengikut zon yang ditetapkan atau dalam talian. Lokasi dan kaedah akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kesesuaian dan ketetapan kumpulan.
  • Setiap modul dalam program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Pelaksanaannya memberi tumpuan kepada isu dan keperluan khusus setiap peserta. Melalui sesi bimbingan dan mentor (coaching & mentoring), peserta akan dibantu secara berterusan sehingga mencapai matlamat yang ditetapkan.
  • Program ini adalah percuma, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk laman rasmi Jabatan Pembangunan Wanita

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Pembangunan Wanita
Telipon

TELEFON

03-8323-1616 / 1620 / 1265 / 1610 / 1607

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda