Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 06/01/2025

  • Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) adalah satu program khas yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah inisiatif Payung RAHMAH di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
  • Antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran/buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan
  • Pihak Kerajaan melalui KPDN telah memperkenalkan Jualan RAHMAH MADANI secara ‘Mobile’ (bergerak) agar inisiatif Kerajaan ini akan sampai dan dirasai di segenap pelusuk negara. Program ini menggunakan kaedah lori pickup, van atau sebagainya yang akan bergerak hingga ke kampung-kampung dan kawasan-kawasan pedalaman.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuklaman rasmi KPDN

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Telipon

TELEFON

03-8882-6323/ 6971/ 5790/ 6185/ 6487/ 5769

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda