Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP)
Terakhir dikemas kini pada
06/05/2025
- Geran Sokongan Sektor Pelancongan (GSSP) merupakan satu inisiatif Kerajaan yang diumumkan melalui Bajet 2025 bertujuan untuk memberi fokus ke atas penganjuran program / acara pelancongan oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri.
- Medium peruntukan GSSP adalah secara tuntutan bayaran semula (reimbursement)
- Permohonan dibuka pada 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025 atau tertakluk kepada kedudukan peruntukan semasa (Permohonan dibuat sebelum program / acara dilaksanakan)
- Penganjuran selepas 31 Disember 2025 adalah TIDAK DIBENARKAN
Siling Peruntukan:
i. Program diberi pertimbangan dan kelulusan dengan siling masimum sebanyak RM1,000,000.00 (RINGGIT MALAYSIA : SATU JUTA SAHAJA).
ii. Jawatankuasa berhak menentukan ciri dan aspek yang ingin disokong / diluluskan di dalam kertas cadangan mengikut kadar penilaian sewajarnya dan tidak tertakluk kepada keseluruhan penganjuran program/acara SAHAJA.
iii. Tourism Malaysia turut menyediakan geran bagi pelaksanaan program berskala besar oleh penganjur dengan konsep program yang menarik dan hanya permohonan yang benar-benar layak dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh sahaja boleh dipertimbangkan untuk diberikan kelulusan sewajarnya.
iv. Keputusan kelulusan jumlah geran adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan. Tourism Malaysia adalah tidak dipertanggungjawab di atas apa-apa kerugian oleh penganjur.
Nota: Tertakluk kepada kedudukan peruntukan semasa)
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Tourism atau Garis Panduan GSSP
Kelayakan Pemohon:
i. Pemohon perlu mempunyai pendaftaran yang sah dan hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen bukti pendaftaran / pengesahan seperti berikut:
- Syarikat dan Organisasi Swasta Tempatan Dokumen mengenai maklumat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti:
- Corporate Information;
- Summary of Financial Information; dan
- Laporan Penyata Kewangan Terkini ATAU 'Management Account' bagi yang beroperasi enam (6) bulan.
- Persatuan / Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Tempatan
- Borang 3, Akta Pertubuhan 1966; dan
- Borang Pendaftaran Badan Sukan yang berkaitan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (untuk persatuan yang berkaitan).
ii. Entiti yang TIDAK LAYAK memohon GSSP adalah seperti berikut:
- Permohonan daripada Kementerian, Jabatan dan Pejabat / Agensi Kerajaan;
- Tidak berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undangundang negara;
- Pertubuhan politik dan keagamaan;
- Individu / orang perseorangan; dan
- Mana-mana entiti yang telah disenaraihitamkan oleh pihak Kerajaan;
Penganjuran yang dibenarkan:
i. Program / Acara Pelancongan yang mempunyai elemen penyertaan dari negeri-negeri dalam Malaysia;
ii. Pameran Pelancongan (Travel Fair) berasaskan Business to Consumer (B2C) yang memfokuskan penjualan pakej dalam negeri sahaja;
iii. Program / Acara Minat Khas (Niche) yang menyuntik elemen pelancongan dan mampu menarik penyertaan dari dalam dan luar negara; dan
iv. Penganjuran acara sukan TERHAD kepada acara berbentuk rekreasi, karnival, sukan rakyat dan gaya hidup yang memberikan impak kepada industri pelancongan dan sosioekonomi setempat.
- Penganjuran yang tidak dipertimbangkan:
- Mempromosikan produk / tempat SAHAJA tanpa ada program/acara yang dianjurkan;
- Familiarisation Trip (FAMTRIP) hendaklah dipohon di bawah Geran Galakan Malaysia (GAMELAN);
- Penerbitan video/dokumentari / bahan promosi berbentuk video atau seumpamanya;
- Pembangunan aplikasi / kandungan / laman web;
- Bengkel / mesyuarat / konvensyen / seminar / persidangan / insentif yang memberikan impak kepada negara hendaklah dipohon kepada Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MYCEB);
- Program berunsur politik / keagamaan / melibatkan sensitiviti masyarakat / kaum;
- Program sisipan atau kombinasi program yang mana kedua-duanya atau lebih diadakan dilokasi dan tarikh yang sama dan memohon GSSP;
- Program hanya melibatkan ahli kelab/ ahli persatuan/ahli pertubuhan tertentu sahaja tanpa pengisian program berunsurkan pelancongan kepada komuniti setempat;
- Acara makan malam, anugerah dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tanpa pengisian program berunsurkan pelancongan kepada komuniti setempat;
- Program yang berkonsepkan semata-mata majlis peluncuran, perasmian, pra tonton dan pencarian atau pembangunan bakat tanpa pengisian program berunsurkan pelancongan kepada komuniti setempat;
- Acara sukan yang melibatkan 103 jenis sukan seperti mana dinyatakan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] dan berbentuk pertandingan untuk menambahbaik ranking dan di peringkat Kebangsaan, perlu dimohon di bawah Geran Padanan Sukan;
- Program berkonsep seni, budaya dan warisan sepertimana yang digariskan di bawah Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) perlu dimohon di bawah Geran Sokongan Sektor Kebudayaan;
- Penganjuran acara yang menjalankan perniagaan / aktiviti yang dilarang oleh Kerajaan, termasuk minuman keras, berasaskan tembakau, rokok elektronik, perjudian atau berunsur seksual.
- Permohonan bagi penganjuran program / acara yang SEDANG BERLANGSUNG atau TELAH TAMAT.
- Permohonan yang tidak lengkap, tidak memenuhi mana-mana syarat yang dinyatakan di dalam Garis Panduan dan tidak memenuhi syarat tempoh terimaan permohonan;
- Permohonan bagi program / acara yang telah menerima bantuan / geran / insentif kewangan daripada MOTAC atau jabatan/agensi di bawah MOTAC atau mana-mana kementerian /jabatan/agensi bagi program yang sama.
- Permohonan adalah secara dalam talian (online) di laman sesawang Tourism selepas tawaran geran dibuka.
Pemohon diwajibkan untuk mengemukakan satu (1) salinan cetak (hardcopy) kepada urus setia sebaik sahaja memohon melalui sistem dalam talian (online).
Permohonan hanya akan diproses setelah kedia-dua kaedah permohonan dipenuhi.
URUS SETIA
GERAN SOKONGAN SEKTOR PELANCONGAN (GSSP)
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
(TOURISM MALAYSIA)
BAHAGIAN DOMESTIK & ACARA
ARAS 4, NO. 2, MENARA 1
JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA
Nota : Urus setia adalah tidak dipertanggungjawabkan sekiranya permohonan dihantar di luar daripada kaedah yang dinyatakan.
Peringatan: Penggunaan logo KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA (MOTAC) dan TOURISM MALAYSIA tanpa kebenaran bertulis adalah DILARANG dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Dokumen yang diperlukan:
- Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut untuk tujuan tuntutan pembayaran selewat-lewatnya 30 hari selepas program / acara selesai:
- Surat Tuntutan Pembayaran (ditandatangani berserta cop rasmi syarikat / persatuan);
- Invois Tuntutan Pembayaran (ditandatangani berserta cop rasmi syarikat / persatuan);
- Salinan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Akuan Terima yang ditandatangani, perlu di duti stem Lembaga Hasil Dalam Negeri. Kos duti stem adalah di bawah tanggungan pemohon;
- Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / PUSPAL / PDRM (yang berkaitan) khusus untuk tujuan penganjuran program / acara mengikut SOP yang sedang berkuat kuasa;
- Surat kelulusan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi penganjuran program / acara minat khas (niche) (sekiranya berkaitan);
- Laporan Komprehensif Bergambar (berbentuk binding & tagging) berserta bukti-bukti pelaksanaan syarat-syarat dan terma yang telah dipersetujui bersama sepertimana yang dinyatakan di dalam Surat Setuju Terima;
- Laporan Perincian Perbelanjaan / Pembayaran berserta dokumen sokongan pembayaran (invois & resit / penyata bank) sebagai bukti penganjuran program/acara telah dilaksanakan dengan jayanya.
- Certificate of Work Completion (CWC) yang disedia dan disahkan oleh penganjur.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda