Skim Perlindungan Sosial MADANI (SPS Madani)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • ​​Skim Perlindungan Sosial MADANI (SPS MADANI) merupakan inisiatif kerajaan yang menyediakan pembiayaan caruman 100% bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Inisiatif ini bertujuan melindungi individu yang bekerja sendiri dengan menawarkan perlindungan sosial secara percuma selama 12 bulan. 
  • Di bawah Pelan Caruman 2 (RM232.80), kerajaan membiayai sepenuhnya (100%) caruman tersebut kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang tergolong dalam kumpulan sasar yang ditetapkan
  • Kumpulan Sasaran:
SPS Sukarelawan 3.0
  • Anggota Tentera
  • Polis Simpanan
  • Pertahanan Awam Malaysia
  • Maritim
  • Bomba
  • RELA
SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 3.0
  • Perkhidmatan Rumah Ibadat Islam Masjid
  • Surau di bawah JAKIM / Negeri
SPS Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti 3.0
  • Sukarelawan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:

Pelan Caruman Pilihan

Pendapatan Diinsurankan

Caruman Bulanan

Caruman Tahunan

1

RM1,050

RM13.10

RM157.20

2

RM1,550

RM19.40

RM232.80

3

RM2,950

RM36.90

RM442.80

4

RM3,950

RM49.40

RM592.80

  • Pelan caruman:

Pelan Caruman

Sumbangan Kerajaan

(100 peratus)

Pelan 2 (RM232.80)

RM232.80

  • Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Madani adalah seperti berikut:

Jenis Faedah

Pelan 2

Faedah Perubatan
  • Rawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan
Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
  • 80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)
Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
  • 90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.
Faedah Orang Tanggungan (FOT)
  • RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggungan
Elaun Layanan Sentiasa (ELS)
  • RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
  • RM3,000
Faedah Pinjaman Pendidikan
  • Faedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Bekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Telipon

TELEFON

1-300-22-8000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Tiada Permohonan Diperlukan
Sukarelawan Beruniform - Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) adalah sebuah bantuan tunai sebanyak RM300 di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Bomba & Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia bagi anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis & Bomba bertujuan untuk meringankan kos & beban sara hidupTarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) kepada anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis & Bomba bagi tahun 2023 telah diubah daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023  
Permohonan Telah Ditutup
LHDNM - Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup Bagi pemohon/pasangan yang layak STR dan telah meninggal dunia pada tahun semasa, kerajaan menyediakan bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) dalam bentuk tunai dan permohonan telah dibuka sehingga 31 Disember 2023Selain itu, kerajaan juga menyediakan bantuan STR tambahan (Sumbangan Asas Rahmah – SARa) berupa barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600 dengan kadar RM100 setiap bulan untuk tempoh 6 bulan (Julai 2023 sehingga Disember 2023) kepada isi rumah penerima STR miskin tegar mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 secara automatik melalui akaun menggunakan MyKad penerima yang layak  Pembayaran STR Bayaran STR akan disalurkan 4 kali setahun di mana tarikh penyaluran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa: Bayaran Fasa 4 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang lulus pada 7 November 2023 sehingga 9 November 2023 Manakala, bagi penerima yang lulus tetapi tiada akaun bank (termasuk Sabah & Sarawak), tuntutan tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 7 November 2023 Semakan status rayuan STR boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR mulai 7 November 2023  Permohonan STR 2024 boleh dikemukakan mulai 1 November 2023 bagi permohonan baharu atau pemohon yang berstatus "Tidak Lulus" dan dibuka sepanjang tahun 2024 Maklumat Waris STR Semua Penerima STR 2023 perlu mendaftar/mengemukakan maklumat waris* bagi tujuan berikut:  Urusan penunaian STR terhad sekiranya pemohon/pasangan berdaftar tidak dapat hadir atas alasan munasabah; dan/atauUrusan tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK)  Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walau bagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter BSN  Nota*: Waris yang layak didaftarkan semasa permohonan STR adalah seperti berikut:  Pasangan Ibu Bapa Anak (Kandung/Tiri/Angkat) Adik-beradik Cucu