Skim Logistik dan Pengangkutan
Terakhir dikemas kini pada
06/03/2025
- Memberikan bantuan kewangan kepada syarikat yang terlibat dalam dan / atau berkaitan dengan aktiviti serta perkhidmatan logistik, pengangkutan (termasuk aeroangkasa) dan maritim seperti:
- Pemerolehan kapal atau pesawat
- Pemerolehan tanah, pembinaan limbungan kapal / hangar, infrastruktur, jentera, dan peralatan
- Pembinaan bangunan, kilang, gudang berikat, kawasan pelabuhan, dan pengangkutan untuk aktiviti maritim dan aeroangkasa
- Pemerolehan aset untuk perkhidmatan logistik, termasuk gudang, kenderaan, dan peralatan berkaitan
- Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan industri minyak dan gas
- Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan berkaitan pengangkutan Pembiayaan separa untuk keperluan modal kerja
- Jumlah pembiayaan sehingga RM100 juta
- Tujuan dan tempoh pembiayaan:
Tujuan | Tempoh Pembiayaan |
Perbelanjaan Modal (CAPEX) sehingga 12 Tahun | Perbelanjaan Operasi (OPEX) sehingga 5 tahun |
- Tempoh Ketersediaan
- 1 januari 2025 - 31 Disember 2030
| - Margin Pembiayaan
- Sehingga 90% daripada jumlah kos projek
|
- Jumlah Pembiayaan
- Minimum: RM20 juta
- Maksimum: Sehingga RM100 juta
| - Kemudahan yang Ditawarkan
- Pembiayaan Berjangka / Bertempoh
- Kemudahan Pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja)
- Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk / Bon
- Untuk susunan sindikasi/ perjanjian klub
|
Projek Kerajaan | Kos Dana ("Cost of Fund") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun |
Projek Komersial | Kadar Pembiayaan Asas ("Base Financing Rate") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun |
Jaminan Kewangan | Yuran Jaminan - Subsidi sebanyak 1.0% setahun |
Nota:
i. Permohonan untuk jumlah pembiayaan yang lebih tinggi boleh dihantar untuk semakan lanjut oleh pihak Bank. Jumlah yang diluluskan secara muktamad adalah berdasarkan penilaian kredit.
ii. Untuk pembiayaan dengan kemudahan pusingan, dihadkan kepada tempoh maksimum 3 tahun.
iii. Bagi pembiayaan dengan kemudahan pusingan, margin pembiayaan maksimum adalah 30% daripada jumlah kos projek atau 85% daripada setiap tuntutan / invois progresif mengikut keperluan aliran tunai, mana yang lebih rendah.
iv. Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi BPMB
- Syarat Kelayakan:
- Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi
- Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
- Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
- Muat turun Senarai Semak untuk rujukan proses permohonan sebelum menghantar permohonan ke pejabat secara walk in
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
BPMB - Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan
Untuk membiayai pelanggan yang layak yang operasinya menyumbang secara positif kepada salah satu daripada 17 SDG Kemudahan yang ditawarkan adalah pembiayaan berjangka Kemudahan seterusnya adalah skim ini juga boleh distruktur untuk pembiayaan berbentuk sindiket /club deal Untuk tujuan perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan Objektif Menyokong usaha Kerajaan untuk melaksanakan 17 matlamat pembangunan mampan (SDG) di bawah agenda pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 untuk pembangunan mampan Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan
BPMB - Skim Pembangunan Negara
Menyediakan pembiayaan kepada entiti-entiti yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Kemudahan yang ditawarkan adalah pembiayaan berjangka Kemudahan seterusnya adalah skim ini juga boleh distruktur untuk pembiayaan berbentuk sindiket/club deal Untuk tujuan perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX) Objektif Menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) bagi membolehkan Malaysia mencapai pemerkasaan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kejuruteraan semula sosial Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Skim Pembangunan Negara