Program Pemerkasaan TVET Tahfiz
Terakhir dikemas kini pada
05/08/2025
- Program TVET-Tahfiz merupakan program penggabungan pengajian tahfiz al-Quran dan ilmu kemahiran teknikal dalam melahirkan tenaga mahir yang soleh dan berkemahiran tinggi. Peluang pekerjaan graduan juga terbuka luas bukan hanya tertumpu kepada tugas-tugas sebagai ahli agama semata-mata, tetapi dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang memiliki ilmu akhirat. Program ini memberi peluang kepada pelajar lepasan tahfiz untuk membina kerjaya dalam bidang kemahiran dan keusahawanan tanpa mengabaikan hafazan al-Quran. Program TVET-Tahfiz menawarkan program diploma TVET dalam pelbagai bidang dan aktiviti hafazan secara serentak di 4 buah KKTM dan IKM yang terpilih.
Kemasukan pelajar TANPA SPM WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana seperti berikut:
i. IKM Jasin, Melaka:
- Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Automotif Komersial atau hubungi Ustaz Muhammad Azlin Bin Ithnain di talian 017-263-9154
ii. IKM Besut, Terengganu:
- Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara atau hubungi Ustaz Nor Hesham Bin Mat Jusoh di talian 016-430-6825
iii. IKM Lumut, Perak:
- Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kompetensi Kimpalan atau hubungi Ustaz Mohammad Faris Zufairy Bin Mazlan di talian 013-783-6413
Kemasukan pelajar DENGAN SPM TIDAK WAJIB mengikuti program Bridging selama 3 bulan sebelum mengikuti Program Perdana
i. KKTM Ledang, Johor:
- Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Terapeutik)
- Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Diagnostik)
- Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan)
- Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Makmal)
- Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai ProgramDiploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi TVET MARA dengan klik di sini
Syarat Kelayakan:
i. Berumur 17 hingga 45 tahun
ii. Berminat dalam bidang teknikal
iii. Sihat tubuh badan
iv. Menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk (Syarat tambahan)
Nota: Keutamaan diberikan kepada pelajar pusat tahfiz yang tiada kelayakan SPM
- Sila klik di sini untuk membuat permohonan secara atas talian melalui laman rasmi TVET MARA
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda