Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
Terakhir dikemas kini pada
04/03/2025
Perkara | Penerangan |
---|
Jumlah Pinjaman : Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) | RM10,000 – RM100,000 |
Tempoh Bayaran Balik : Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) | 6 bulan – 120 bulan/ 10 tahun |
Sumbangan Tabung Pengurusan | 4% setahun |
Simpanan wajib | 5% setahun |
- Berbangsa India dan warganegara Malaysia
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik India dan warganegara Malaysia
- Mempunyai Lesen/Permit/Daftar Perniagaan (SSM)/Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan daripada Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus/berniaga secara bergerak (mobile) atau atas talian (online)
- Terlibat secara langsung/separuh masa dalam perniagaan
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
- Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
- Bagi pembelian kenderaan komersial/jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial/jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi pemilikan Perkongsian, pemohon perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi untuk permohonan pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
- Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah
- Permohonan hanya boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau tertakluk kepada perubahan semasa
- Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan
- Dokumen Sokongan:
- Borang Permohonan Pembiayaan (BPC/BORANG/01)
- Salinan depan dan belakang Kad Pengenalan pemohon & pasangan (jika berkenaan)
- Lesen/Permit/Daftar Niaga (SSM) yang sah dan masih belum tamat tempoh
- Salinan 3 bulan transaksi terkini Penyata Bank akaun Simpanan/ akaun Semasa yang mengandungi nama/ syarikat pemohon, nama bank dan nombor akaun bank
- Gambar yang menunjukkan aktiviti perniagaan pemohon yang sedang dijalankan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda