Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pekeliling JPA
Syarat Kelayakan:
i. Pegawai yang masih berkhidmat pada 25 Februari 2025 layak menerima BKK. Ini termasuk mereka yang bercuti bergaji penuh, separuh gaji, atau tanpa gaji; pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara; guru interim; serta pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai tertentu. Personel MySTEP yang dilantik sebelum 25 Februari 2025 dan masih berkhidmat pada tarikh tersebut juga layak menerima bantuan ini.
Nota: BKK ini dikecualikan daripada cukai pendapatan dan tidak tertakluk kepada caruman KWSP atau PERKESO.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim