- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini bertujuan memelihara kebajikan golongan OKU terlantar, pesakit terlantar, atau pesakit kronik, dengan meringankan beban keluarga atau penjaga. Selain itu, ia juga menggalakkan keluarga atau penjaga untuk terus menjaga ahli keluarga yang memerlukan.
- Kadar bayaran bagi BPT adalah sebanyak RM500 sebulan bagi setiap penerima.
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar; atau
iii. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan (tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan), layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
iv. Sekiranya OKU terlantar / Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
v. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan; atau
vi. Kes-kes yang melebihi pendapatan RM1,700 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan MyKad / MyKid OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar / Pesakit Kronik Tidak Terlantar;
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Surat / Penyata pendapatan daripada majikan; atau
- Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan / Pekerjaan)jika bekerja sendiri; atau
- Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri)
- Laporan siasatan pegawai JKM menunjukkan yang dijaga adalah terdiri dari OKU terlantar / pesakit terlantar
- Pengesahan rawatan dari Pakar / Pegawai Perubatan Kerajaan / Swasta yang berdaftar (tempoh minimum rawatan secara berterusan tidak kurang 3 bulan bagi pesakit kronik tidak terlantar) menggunakan Borang Pengesahan Perubatan di Lampiran 5 atau lain-lain bentuk pengesahan yang bersesuaian. Tempoh sah laku bagi Surat Pengesahan tidak melebihi dua (2) tahun;
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan Penyata akuan bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)