Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Terakhir dikemas kini pada
03/03/2025
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak / kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Bantuan ini bertujuan memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak.
ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.
KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM) | UMUR |
RM250 | 6 tahun dan kebawah |
RM200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
ii. Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada anak / kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun
iii. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iv. Anak / kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu / bapa bukan warganegara / diisytiharkan bankrap atau muflis / ibu / bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan
v. Anak / kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) / Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak BKK;
vi. Anak / kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK;
vii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan
- Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran dan perubahan kadar BKK adalah hanya berlaku semasa proses kaji semula
Nota: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Surat / Penyata pendapatan daripada majikan; atau
- Akuan pendapatan daripada penghulu / penggawa / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
- Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri)
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan penyata akaun bank terkini;
- Bagi Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah;
- Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu / bapa / penjaga
- Bagi kes ibu / bapa / penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu / bapa / penjaga warganegara
- Bagi ibu / bapa / penjaga muflis / OKU Mental, akaun bersama dengan salah seorang ibu / bapa / penjaga yang tidak muflis / OKU Mental; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda