BUDI MADANI - BUDI MySubsidi Diesel
Terakhir dikemas kini pada
23/07/2025
- BUDI MySubsidi Diesel merupakan subsidi yang dikelolakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan dalam masa yang sama untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
- Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi telah dilaksanakan secara Projek Rintis pada 1 Februari 2024 dan perluasan Fasa II dilaksanakan bermula 7 Mac 2024.
- Harga diesel bersubsidi adalah RM2.15/ liter bagi 23 jenis kenderaan di bawah Sektor Pengangkutan Darat (Barangan).
- 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi melalui penggunaan Fleet Card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0) biarpun harga Baharu diesel ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter
10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Awam | - Bas Sekolah
- Bas Ekspres
- Bas Henti-Henti
- Bas Mini
- Bas Pengantara
- Kereta Sewa
- Teksi
- Van dan Lori Mayat
- Ambulans
- Kereta Bomba
|
9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Barangan | - Lori Rigid - Kargo Am Penggerak Utama
- Lori Rigid - Lutoh / Kotak
- Lori Rigid - Tangki Air
- Lori Rigid - Minuman Botol
- Lori Rigid - Refrigerated
- Lori Rigid - Tangki Tepung
- Window Van
- Panel Van
|
14 Jenis Pertambahan Kenderaan Pengangkutan Barangan | - Lori Rigid - Custainsider
- Lori Rigid - Hasil Pertanian
- Lori Rigid - Kandang Haiwan
- Lori Rigid - Kombinasi
- Lori Rigid - Open Platform
- Bas Food Catering
- Van Food Catering
- Lori Food Catering
- Lori Tangki Rigid - Minuman
- Semi - Panel Van
- Bas Perkhidmatan Bergerak
- Van Perkhidmatan Bergerak Lori
- Rigid - Perkhidmatan Bergerak
- Lori Rigid - Sampah
|
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi BUDI MADANI
- Syarat Kelayakan:
- Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016; atau entiti perniagaan tunggal dan perkongsian yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956; atau entiti perkongsian liabiliti terhad yang berdaftar di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
- Mempunyai kenderaan di bawah pemilikan syarikat / perniagaan tunggal atau perkongsian;
- Kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah; dan
- Jenis kenderaan terdiri daripada 23 jenis kenderaan yang disenaraikan.
- Maklumat yang diperlukan adalah:
- Butiran maklumat syarikat;
- Nombor pendaftaran kenderaan; dan
- Pilihan syarikat minyak antara jenama PETRONAS, Shell, Petron, Caltex atau BHP
Syarikat boleh memohon secara atas talian, sila klik di sini untuk membuat permohonan menerusi Sistem MySubsidi Diesel. Maklumat yang diperlukan adalah:
i. Butiran nama syarikat
ii. Nombor pendaftaran kenderaan; dan
iii. Syarikat hanya dibenarkan memilih tiga (3) jenama syarikat minyak. Jenama yang boleh dipilih adalah:
- PETRONAS
- Shell
- Petron
- Caltex; atau
- BHP
Nota: Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara atas talian
Ketika membuat permohonan fleet card Syarikat perlu membawa dua (2) dokumen seperti berikut:
i. Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi; dan
ii. Senarai Kenderaan yang diluluskan.
Syarikat perlu membawa dua (2) dokumen seperti berikut:
i. Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi; dan
ii. Senarai Kenderaan yang diluluskan.
- Setelah Surat Kelayakan Membeli Diesel Bersubsidi dikeluarkan, syarikat / perniagaan perlu memohon fleet card daripada syarikat minyak yang telah dipilih dalam Sistem MySubsidi Diesel. Tempoh memproses permohonan fleet card adalah 2 hingga 4 minggu selepas permohonan lengkap dikemukakan kepada syarikat minyak.
Sebarang pertanyaan atau permohonan boleh diajukan kepada syarikat minyak seperti berikut:
i. PETRONAS: 1-300-88-8282 atau sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi PETRONAS
ii. Shell: 1-300-22-8181 atau sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi SHELL
iii. Petron: 1-800-88-8298 atau sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Petron
iv. Caltex: 1-800-88-3168 atau sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Caltex
iv. BHP: 03-7719 9499 atau atau sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi BHP
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk soalan lazim
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda