Terakhir dikemas kini pada 17/07/2025
Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas, maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan. Antara ciri-ciri utama eKasih adalah:
i. Semakan status kemiskinan secara online.
ii. Penyelarasan maklumat bantuan.
iii. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online.
iv. Pengiraan status kemiskinan (miskin / miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita.
v. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan.
vi. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.
Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
Nota: Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Pengukuran PGK Tahun 2016 yang digunapakai mulai 1 Januari 2019.
Punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada:
i. Pekerjaan Bergaji.
ii. Bekerja Sendiri.
iii. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan.
iv. Pindahan Semasa diterima.
Cara pengiraan Pendapatan Per Kapita dalam sistem eKasih:
i. Pendapatan Per Kapita:
ii. Contoh pengiraan:
Nota: Jika PGK semasa menetapkan RM300 ke bawah sebagai miskin tegar, maka isi rumah tersebut layak didaftarkan sebagai miskin tegar.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk Soalan Lazim