Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 02/09/2025

  • Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) merupakan inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Belanjawan 2025, yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan khusus kepada pencegahan dan rawatan penyakit tidak berjangkit (NCD). 
  • Skim ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia daripada kumpulan B40, di mana penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas layak menerima manfaat PeKa B40 secara automatik tanpa memerlukan sebarang pendaftaran khas.
  • Antara manfaat PeKa B40 yang boleh dinikmati adalah:
Manfaat 1Saringan Kesihatan Percuma
  • Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40. 
  • Saringan kesihatan merangkumi: 

    i. Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan

    ii. Saringan kesihatan mental 

    iii. Pemeriksaan fizikal 

    iv. Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko

    v. Ujian darah dan ujian air kencing

  • Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.
  • Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.
  • Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini. 
  • Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri. Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat.
Manfaat 2Bantuan Alat Perubatan
  • Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM. 
  • Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.
  • Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut: 

    i. Stent untuk jantung 

    ii. Alat sendi tiruan 

    iii. Alat bantuan pendengaran 

    iv. Perentak jantung 

    v. Prostesis dan implan untuk tulang belakang 

    vi. Prostesis dan ortosis tulang anggota

    vii. Kanta mata intraokular 

    viii. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator 

    x. Bantuan sokongan nutrisi 

    xi. Kerusi roda 

  • Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini. 
  • Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
Manfaat 3Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM. 
  • RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM. 
  • Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini. 
  • Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali. Sebagai contoh:

    i. RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser 

    ii. RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser.

  • Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
  • Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
Manfaat 4Insentif Tambang Pengangkutan
  • Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan. 
  • Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini. 
  • Had maksimum bantuan yang boleh diterima: 

    i. RM500 untuk Semenanjung Malaysia 

    ii. RM1,000 untuk Sabah / Sarawak / Labuan

  • Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
  • Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat. 
  • Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi ProtectHealth

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Telipon

TELEFON

03-8687-2525

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda