Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini ditujukan kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan.
Tujuan BLP adalah untuk membantu golongan ini mendapatkan latihan kemahiran atau peluang latihan sambil bekerja.
Kadar bayaran BLP adalah RM200 sebulan bagi setiap penerima.
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuain;
iii. Bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
iv. Kes-kes selian akhlak; atau
v. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
vi. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
vii. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan; atau
viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan dan pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran
Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan dan pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.