Penyasaran Subsidi Elektrik
Terakhir dikemas kini pada
23/04/2025
- Penyasaran semula subsidi elektrik untuk pengguna domestik yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Sarawak Energy (SE) di Semenanjung Malaysia, Kulim Hi-Tech Park, Kedah, Sabah, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, dan Sarawak, di bawah pelarasan mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), bertujuan untuk meringankan beban rakyat
- Penyasaran semula ini akan dilaksanakan untuk tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025
Semenanjung Malaysia, Kulim Hi-Tech Park Kedah, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan
- Inisiatif ini dilaksanakan secara bersasar seperti berikut:
Perkara | Semenanjung Malaysia | Kulim Hi-Tech Park, Kedah | Sabah & WP Labuan |
---|
Pelarasan Tarif Elektrik | Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif A) - Unit penggunaan elektrik sebanyak 600 kWj dan ke bawah (≤600 kWj) kekal menerima rebat 2 sen/kWj;
- Unit penggunaan elektrik melebihi 600 kWj hingga 1,500 kWj (>600 kWj - ≤1,500 kWj) tidak dikenakan surcaj; dan
- Unit penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj (>1,500 kWj), surcaj kekal pada kadar 10 sen/kWj
| Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif N1) - Unit penggunaan elektrik sebanyak 1500 kWj dan ke bawah (≤1500 kWj) tidak sebarang surcaj;
- Unit penggunaan elektrik melebihi 1500 kWj (>1500 kWj) akan dikenakan surcaj pada kadar 6.50 sen/kWj
| Pengguna Kategori Tarif Domestik (Tarif DM) - Unit penggunaan elektrik sebanyak 1500 kWj dan ke bawah (≤1500 kWj) kekal menerima surcaj ICPT;
- Unit penggunaan elektrik melebihi 1500 kWj (>1500 kWj) akan dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj
|
---|
Sarawak
- Bagi pengguna di Sarawak, inisiatif ini adalah di bawah diskaun elektrik “Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)”. Maklumat pelaksanaan inisiatif ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda