CIP SPARK adalah geran bersyarat yang menyediakan pembiayaan sehingga RM150,000 untuk tempoh maksimum 18 bulan, khusus untuk syarikat permulaan teknologi dalam fasa pembangunan dan pra-pengkomersialan produk. Geran ini bertujuan membantu usahawan peringkat awal untuk membangunkan dan mengkomersialkan produk mereka.
Penerima geran akan mendapat sokongan dalam bentuk peluang rangkaian perniagaan, pembangunan model perniagaan, pengesahan pasaran, dan akses pasaran.
CIP SPARK terbuka kepada individu dan syarikat dari pelbagai peringkat pembangunan, termasuk ideasi, pembangunan prototaip, dan penambahbaikan produk. Pembayaran geran dilakukan melalui pendahuluan dan penggantian, dengan syarat penerima membayar semula jumlah yang disalurkan jika berlaku pembatalan atau mengikut terma yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Cradle Fund
Syarat kelayakan:
i. Individu:
Minimum 2 individuals in a team (at least 1 Malaysian).
Minimum 1 individual residing in Malaysia (Malaysian / Non Malaysian)
ii. Syarikat (LLP, ENTERPRISE & SDN BHD)
Pemilikan Syarikat (<51% dimiliki oleh rakyat Malaysia)
Usia Syarikat (<5 tahun)
Pendapatan Terkumpul (<RM3 juta)
Hak Harta Intelek (IP Rights)
Tiada Syarikat Lain Memegang 25% atau Lebih Saham
Tiada Keperluan Modal Berbayar
Individu:
Permohonan untuk CIP SPARK boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi Cradle Fund
Syarikat:
Permohonan untuk CIP SPARK boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi Cradle Fund