Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025
Dana Kandungan Kreatif (DKD) merupakan sebuah dana yang disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk meningkatkan daya saing industri kreatif sebagai pemangkin utama ekonomi negara yang berpotensi menjana ekonomi berpendapatan tinggi di samping memartabatkan budaya bangsa.
Objektif |
Menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi dan di pasaran tempatan dan antarabangsa |
Membangunkan modal insan yang bermutu secara lestari bagi mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif; |
Menghasilkan harta intelek (IP) Malaysia yang berdaya |
Selain syarat-syarat am di atas, syarat-syarat khusus akan ditetapkan mengikut skop & jenis dana yang akan dibuka.
Permohonan Oleh Individu:
Tidak mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan ahli perbadanan, jawatankuasa atau ahli yang mempunyai hubungan
Permohonan Oleh Syarikat:
Baki penyata kewangan terkini syarikat hendaklah sekurang-kurangnya 5% dari jumlah kos produksi.