Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025
Geran Padanan Bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera Industri Aeroangkasa (MGBAS) adalah sebuah kemudahan geran yang disediakan oleh National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia) melalui Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) untuk tujuan menyokong pembangunan dan penyertaan PKS Aeroangkasa Bumiputera ke arah pertumbuhan menyeluruh dan seimbang dalam ekosistem aeroangkasa Malaysia.
Memindahkan nilai kontrak yang tinggi bagi pakej kerja dan perkhidmatan
Membantu PKS Aeroangkasa Bumiputera mengembangkan perniagaan mereka, meningkatkan ekosistem aeroangkasa Malaysia serta menarik pelaburan asing baharu ke negara ini
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Geran | Sehingga maksimum RM2.5 juta |
Tempoh Geran | Sehingga 12 bulan dari tarikh kelulusan |
Margin Geran | Sehingga 80% |
Skop Geran |
|
Syarikat Aeroangkasa / E&E di Malaysia yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965/2016;
Mempunyai sekurang-kurangnya 51% ekuiti yang dipegang oleh warganegara Malaysia Bumiputera;
Syarikat mesti terlibat dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan.
Permohonan geran boleh dikemukakan secara emel ke [email protected].