Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 15/01/2025

  • Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN) bertujuan menyumbang ke arah penambahan bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan kelas menengah sebagai persediaan menjadi Top Entrepreneur yang menjurus ke arah Global Player
  • Mengukuhkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam sepanjang rantaian nilai industri khususnya di peringkat yang kurang atau belum dirintis dan seterusnya dapat menjadi penyokong Top Entrepreneur dalam skop yang lebih kecil untuk membentuk niche market

Perkara

Penerangan

Skop Pembiayaan
  • Modal pusingan 
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
  • Ubah suai dan Peningkatan Imej Premis/Kilang 
  • Pengkomersilan Produk dan Perkhidmatan
Had Pembiayaan
  • RM1,000,000
Tempoh Pembiayaan
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan atau Cagaran
  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dimohon;

     

    atau

     

  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 10% daripada jumlah yang dimohon;

     

    atau

     

  • Gabungan kedua-duanya sekali 
  • Pembiayaan kepada syarikat berstatus Sdn.Bhd memerlukan jaminan kesemua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat

 

Kadar Keuntungan 
  • 2% (Kadar Tetap)
Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Telipon

TELEFON

03-2613-2000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda