Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/07/2025

  • Kemudahan Pembiayaan untuk Perusahaan Mikro (MEF) ditawarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu perusahaan mikro yang terkesan oleh cabaran ekonomi atau kekurangan pembiayaan. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada perniagaan kecil mendapatkan modal yang diperlukan untuk berkembang, dengan had pembiayaan yang lebih rendah dan kadar faedah yang berpatutan.
  • Penggunaan Pembiayaan Pembiayaan hendaklah digunakan untuk tujuan perniagaan seperti: 

    i. Modal kerja, dan / atau 

    ii. Perbelanjaan modal.

     

Nota: Pembiayaan bertindih (pembiayaan semula dengan institusi kewangan yang sama) dibenarkan mengikut syarat yang ditetapkan.

 

  • Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:

Ciri-ciri

Penerangan 

Jumlah Dana
  • Sehingga RM100,000
Kadar Faedah Pembiayaan Untuk PMKS
  • Ditetapkan oleh institusi kewangan peserta
Tempoh
  • Sehingga 7 tahun
Prosedur Permohonan
  • Hantar permohonan terus kepada institusi kewangan peserta dan kelulusan tertakluk pada penilaian kredit institusi kewangan peserta

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk melayari laman rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Bank Negara Malaysia (BNM)​
Telipon

TELEFON

1-300-88-5465

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda