Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Terakhir dikemas kini pada
30/07/2025
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2025 yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, termasuk anak yatim, yatim piatu, serta mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat, agar dapat terus tinggal dalam masyarakat bersama keluarga pelihara. Bantuan ini juga bertujuan meringankan beban keluarga pelihara yang sanggup memelihara anak angkat seperti anak sendiri.
- Kadar Bantuan Anak Pelihara (BAP) ditetapkan pada minimum RM250 sebulan bagi setiap orang kanak-kanak. Jumlah maksimum bantuan ialah RM500 sebulan bagi sebuah keluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
- Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila klik di sini untuk ke laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan MyKad pemohon;
- Salinan MyKad / MyKid kanak-kanak warganegara (jika berkaitan); atau
- Salinan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak di bawah Program Anak Pelihara JKM dan Perintah Mahkamah bagi Kanak-Kanak (jika berkaitan); atau
- Surat tawaran Program Anak Pelihara / Perintah Mahkamah [Perintah mahkamah seksyen 30(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001] (jika berkaitan);
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan penyata akaun bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
|
- Borang permohonan / Borang Kaji Semula Bantuan:
- Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan JKM 18
- Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20
|
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda