Program Pembangunan MADANI
Terakhir dikemas kini pada
06/08/2025
Program Pembangunan MADANI merupakan sebuah program yang disediakan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) di bawah Belanjawan 2025 untuk syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang menyokong pelaksanaan Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12.
Tumpuan diberikan kepada tiga tema utama, iaitu penyusunan semula ekonomi, pengukuhan keselamatan dan kesejahteraan, serta promosikan kelestarian dan keterangkuman.
Tempoh Ketersediaan | - 1 Januari 2025 - 31 Disember 2026
|
Jumlah pembiayaan | - Minimum: RM20 juta
- Maksimum: Tertakluk kepada penilaian dan penaksiran kredit oleh Bank Pembangunan
|
Tujuan & tempoh pembiayaan* | - Perbelanjaan Modal (CAPEX) sehingga 20 Tahun
- Perbelanjaan Operasi (OPEX) sehingga 5 Tahun
|
Margin Pembiayaan | - Sehingga 80% daripada jumlah kos projek**
|
Kemudahan ditawarkan | - Pembiayaan Berjangka/ Bertempoh
- Kemudahan Pusingan (untuk pembiayaan modal kerja sahaja)
- Jaminan Kewangan untuk Penerbitan Sukuk/ Bon
- Untuk susunan sindikasi/ perjanjian klub
|
Kadar pembiayaan | - Projek Kerajaan***
- Kos Dana ("Cost of Fund") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
- Projek Komersial***
- Kadar Pembiayaan Asas ("Base Financing Rate") + Margin - Subsidi sebanyak 1.0% setahun
- Jaminan Kewangan Yuran Jaminan
- Subsidi sebanyak 1.0% setahun
|
* Untuk pembiayaan dengan kemudahan pusingan, dihadkan kepada tempoh maksimum 3 tahun.
** Bagi pembiayaan dengan kemudahan pusingan, margin pembiayaan maksimum adalah 30% daripada jumlah kos projek atau 85% daripada setiap tuntutan/ invois progresif mengikut keperluan aliran tunai, mana yang lebih rendah.
*** Kadar efektif adalah berdasarkan semakan dan pengesahan kredit Bank Pembangunan. Kadar akhir untuk pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada pertimbangan Bank Pembangunan.
Kelayakan
- Syarikat Sendirian Berhad, Syarikat Awam, dan Koperasi
- Berdaftar dan diperbadankan di Malaysia
- Pemilikan majoriti sebanyak 51% oleh warganegara Malaysia
- Projek atau aktiviti yang menyokong pelaksanaan Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-12
- Bagi tatacara permohonan, pemohon boleh mengisi borang pertanyaan di laman rasmi Program Pembangunan MADANI
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda