Skim CAKNA I
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025

  • CAKNA ialah skim untuk memudahkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta kontraktor kecil (G1-G4) yang mendapat kontrak Kerajaan mendapatkan pembiayaan bagi memperkukuh aliran tunai dan kedudukan kewangan. 
  • Skim CAKNA I ialah skim tunai mudah untuk membantu PMKS yang telah menyiapkan kontrak Kerajaan dengan membolehkan mereka menjual invois yang diluluskan kepada bank pada harga diskaun untuk pembayaran awal. 
  • Skim ini memanfaatkan sistem perolehan Kerajaan dan platform pembiayaan perdagangan bank untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan masa ke pasaran.
  • Manfaat utama kepada Vendor PMKS:

    i. Menyediakan mudah tunai segera bagi membolehkan vendor PMKS menguruskan keperluan kewangan 

    ii. Harga yang kompetitif berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan sebagai prinsipal 

    iii. Menambah baik akses vendor PMKS kepada kemudahan perbankan 

    iv. Tidak mempengaruhi tahap keberhutangan vendor PMKS

    v. Tiada cagaran diperlukan

 

Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk laman rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Bank Negara Malaysia (BNM)​
Telipon

TELEFON

1-300-88-5465

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda