Program Net Energy Metering (NEM)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 04/09/2025

  • Skim Net Energy Metering (NEM) diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu pengguna menjimatkan bil elektrik. 
  • Melalui skim ini, pengguna boleh menjana elektrik sendiri dengan memasang sistem solar PV di atas bumbung bangunan. Tenaga yang dijana akan digunakan terlebih dahulu untuk kegunaan dalaman. Jika terdapat lebihan tenaga, ia boleh disalurkan ke grid Tenaga Nasional Berhad (TNB) 
  • Pada waktu malam atau ketika tenaga solar tidak mencukupi, bekalan elektrik akan dibekalkan semula oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) . Dengan menjana tenaga sendiri, kebergantungan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan berkurang dan ini membantu mengurangkan bil elektrik bulanan. 
  • Pengguna akan menerima kredit NEM bagi lebihan tenaga yang disalurkan, yang boleh digunakan untuk mengurangkan bil elektrik seterusnya. 
  • Skim ini terbuka kepada pengguna domestik yang menetap di premis kediaman persendirian yang tidak digunakan sebagai hotel, rumah tumpangan, atau untuk menjalankan sebarang bentuk perniagaan, perdagangan, aktiviti profesional atau perkhidmatan.
  • Kontrak NEM adalah untuk tempoh sepuluh (10) tahun bermula dari Tarikh Mula NEM (NEM Commencement Date - NEMCD) dan akan tamat pada hari terakhir bulan tersebut pada ulang tahun ke-10 bagi pengguna NEM 3.0.

    i. Contoh: Jika NEMCD anda adalah pada 15 Mac 2023, kontrak NEM pelanggan akan tamat pada 31 Mac 2033.

 

Nota: Selepas tempoh sepuluh (10) tahun, pemasangan sistem solar PV hanya boleh digunakan untuk kegunaan sendiri (self-consumption) di premis di mana sistem solar tersebut dipasang. Sebarang lebihan tenaga yang dibekalkan ke grid TNB tidak lagi layak menerima kredit NEM.

 

  • Jumlah tenaga elektrik yang anda eksport ke grid TNB melalui program Net Energy Metering (NEM) akan dikreditkan dalam bil TNB bulan yang sama, mengikut kategori NEM:
NEM 1.0

Setiap 1 unit tenaga elektrik yang dieksport akan didarab dengan kadar tetap sama ada RM0.31 atau RM0.238, bergantung kepada paras voltan.

NEM 2.0 / NEM 3.0 Rakyat / NEM 3.0 GoMEnSetiap 1 unit eksport akan mengimbangi 1 unit import (1-to-1 offset) dalam bil anda.
NEM 3.0 NOVASetiap 1 unit eksport akan didarab dengan Purata Harga Marginal Sistem (Average System Marginal Price, SMP).

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Telipon

TELEFON

1-300-88-5454

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda