Pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10% mulai 1 Mac 2024
Cadangan pelaksanaan Global Minimum Tax mulai tahun 2025 kepada syarikat multinasional yang mempunyai pendapatan global tahunan sekurang-kurangnya EUR750j
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA): Pelaburan Hijau Bernilai Tinggi
Pengelasan kategori hijau pelaburan langsung asing (FDI) & pelaburan langsung domestik (DDI) oleh MIDA bagi memastikan Malaysia menerajui pelaburan hijau bernilai tinggi
Penyediaaan Dana Strategik Pelaburan Domestik oleh MIDA bertujuan menggalakkan pelaburan domestik untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan
Memperkasa Impak Sektor Kewangan Islam melalui Amalan VBI
Penawaran pelbagai jenis pembiayaan modal melalui Amalan Perantaraan Berasaskan Nilai atau Value-based Intermediation (VBI) oleh bank-bank Islam & pengendali Takaful
Memperkasa Impak Sektor Kewangan Islam melalui Program Rintis BNM & Institusi Kewangan Islam
Pelaksanaan program rintis BNM & institusi kewangan Islam bagi memajukan program pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan atau Investment Account (IA) yang lebih meluas
Usahasama HDC & JAKIM bagi memudah cara pemprosesan pensijilan halal khusus untuk pengeksport produk halal dengan memendekkan tempoh proses daripada 51 kepada 30 hari
E-Invois Secara Mandatori (kurang dari RM100 Juta)
Pelaksanaan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan tidak melebihi RM100 juta mulai 1 Julai 2025 secara berfasa