Skim mySalam
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 16/01/2025

  • Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam (mySalam) adalah satu inisiatif kerajaan yang disediakan oleh syarikat Great Eastern Takaful di bawah Belanjawan 2025 bagi individu yang layak bertujuan untuk memberi skim perlindungan kesihatan sosial bagi mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

 

  • Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu:

    i. Manfaat Hospitalisasi: Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun 

    Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini

    ii. Manfaat Penyakit Kritikal: Sekiranya penerima mySalam disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup. Keahlian mySalam bergantung sepenuhnya kepada status kelayakan bagi skim Sumbangan Bantuan Tunai (BR1M, BSH. BPR, BKM dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun. Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan layak menjadi ahli mySalam secara automatik. Berikut adalah kriteria kategori umur: 

    i. Berkahwin: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun, termasuk pasangan 

    ii. Bujang: Individu bujang yang berumur 21 sehingga 65 tahun

    iii. Golongan OKU: Individu yang berumur di antara 18 sehingga 65 tahun 

     

  • 45 penyakit kritikal terbahagi kepada 9 kumpulan seperti di bawah:

    i. Kanser

    ii. Keadaan berkaitan Jantung

    iii. Otak, Saraf dan Otot

    iv. Mata, Telinga dan Pertuturan

    v. Keadaan berkaitan Hati

    vi. Keadaan berkaitan Buah Pinggang

    vii. Keadaan berkaitan HIV

    viii. Lain-lain jenis penyakit kritikal

    ix. Penyakit Terminal (membawa maut)

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi mySalam

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Great Eastern Takaful
Telipon

TELEFON

1-300-88-8938

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda