Program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 05/08/2025

  • Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) merupakan inisiatif perlindungan sosial yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789], khusus untuk individu yang menjalankan pekerjaan sendiri. 
  • Skim ini menyediakan perlindungan terhadap bencana pekerjaan, termasuk kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berlaku semasa dan akibat daripada aktiviti pekerjaan sendiri, termasuk dalam perjalanan berkaitan kerja. 
  • Perlindungan di bawah skim ini berkuat kuasa serta-merta selepas caruman dibayar dan disahkan melalui resit bayaran rasmi.
  • Perlindungan SKSPS telah diperluaskan kepada 20 sektor informal berikut:

i. *Pengangkutan Barangan atau Makanan

ii. *Pengangkutan Penumpang

iii. *Penjaja

iv. Pertenakan

v. Perhutanan

vi. Perikanan

vii. Pembuatan

viii. Pembinaan

ix. Makanan

x. Perniagaan Online

xi. Penjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan

xii. Teknologi Maklumat

xiii. Pemprosesan Data

xiv. Perkhidmatan Professional

xv. Perkhidmatan Sokongan

xvi. Kesenian

xvii. Ejen

xviii. Perkhidmatan Isi Rumah

xix. Premis Perkhidmatan

Nota: *Sektor yang dimandatorikan

 

i. Kegagalan Orang Bekerja Sendiri (OBS) berdaftar dan mencarum di bawah sektor yang telah dimandatorikan, melakukan kesalahan dan boleh disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

  • Berikut adalah faedah-faedah yang disediakan oleh PERKESO:
Faedah Perubatan
  • Orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri boleh mendapat rawatan perubatan secara percuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan; atau
  • Orang berinsurans bekerja sendiri boleh membuat tuntutan bayaran ganti belanja kos rawatan perubatan di klinik bukan panel PERKESO.
  • Permohonan boleh dibuat kepada PERKESO dan bayaran balik tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh PERKESO atau Akta Fi 1951
Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat (4) hari termasuk hari kemalangan. 
  • Perlu mengemukakan sijil cuti sakit. 
  • Kadar bayaran RM30.00 - RM105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih
Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Hilang upaya kekal ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit. 
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  • Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.

    = (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873 

    = RM210,290.10

Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Orang Tanggungan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri. 
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan.
  • Orang Tanggungan Yang Layak:
    • Balu atau duda dan anak berumur di bawah 21 tahun 
    • Jika tiada balu, duda atau anak 
      • Ibu bapa; atau
      • Adik-beradik berumur di bawah 21 tahun; atau
      • Datuk nenek
    • Duda / balu, ibu / bapa, datuk / nenek menerima faedah sepanjang hayat 
    • Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal) 
    • Contoh pengiraan bayaran Faedah Orang Tanggungan:

Pelan

Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan

Pencen Bulanan

1

RM1,050

RM1,050 x 90% = RM945

2

RM1,550

RM1,550 x 90% = RM1,395

3

RM2,950

RM2,950 x 90% = RM2,655

4

RM3,950

RM3,950 x 90% = RM3,555
Elaun Layanan Sentiasa
  • Elaun ini dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang mengalami hilang upaya kekal sepenuhnya akibat bencana pekerjaan sendiri dan tidak berdaya sentiasa memerlukan layanan seseorang lain, layak menerima elaun ini dengan pengesyorkan Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. 
  • Jumlah elaun ditetapkan sebanyak RM500 sebulan
Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 (berkuatkuasa mulai 1 Jun 2024) atau kos sebenar yang dibelanjakan, yang mana lebih rendah dibayar kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima Faedah Hilang Upaya Kekal berkala.
Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional
  • Kemudahan pemulihan dan vokasional secara percuma 
  • Pemulihan jasmani seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain. 
  • Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain
Faedah Pendidikan
  • Faedah Pendidikan merupakan suatu kemudahan dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  • Pelan caruman: 

Pelan

Pendapatan Bulanan Pilihan Pilihan Yang Diinsuranskan

Bayaran Caruman Bulanan

Bayaran Caruman Setahun

1

RM1,050

RM13.10

RM157.20

2

RM1,550

RM19.40

RM232.80

3

RM2,950

RM36.90

RM442.80

4

RM3,950

RM49.40

RM592.80

  • Jadual pengiraan bayaran faedah:

Faedah

Caruman

Pelan 1

RM13.10 sebulan / RM157.20 Setahun

Pelan 2

RM19.40 sebulan / RM232.80 setahun

Pelan 3

RM36.90 sebulan / RM442.80 setahun

Pelan 3

RM49.40 sebulan / RM592.80 setahun

Faedah Hilang Upaya SementaraRM30 sehariRM41.33 sehariRM78.67 sehariRM105.33 sehari

Faedah Hilang Upaya Kekal

(Contoh: Kadar taksiran hilang upaya kekal dan umur OBBS tahun)

Bayaran Pukal: RM32,243.40Bayaran Pukal: RM47,579.40Bayaran Pukal: RM90,588.60Bayaran Pukal: RM121,296.60

Faedah Hilang Upaya Kekal

(Contoh: Kadar taksiran hilang upaya kekal 100% dan umur OBBS 22 tahun)

  • Bayaran Pukal: RM32,243.40
  • Pencen berkala: RM756.00 sebulan
  • Bayaran Pukal: RM47,597.40
  • Pencen berkala: RM1,116.00 sebulan
  • Bayaran Pukal: RM90,588.60
  • Pencen berkala: RM2,124.00 sebulan
  • Bayaran Pukal: RM121,296.60
  • Pencen berkala: RM2,844.00 sebulan

Faedah Orang Tanggungan

(Contoh: OBBS telah berkahwin meninggalkan balu / duda dan anak bawah 21 tahun)

RM945 sebulanRM1,395 sebulanRM2,655 sebulanRM3,555 sebulan
Faedah Pengurusan MayatRM3,000RM3,000RM3,000RM3,000
Elaun Layanan SentiasaRM500 sebulanRM500 sebulanRM500 sebulanRM500 sebulan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini atau klik di sini untuk merujuk Risalah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
Skim Perlindungan Sosial MADANI (SPS Madani)
​​Skim Perlindungan Sosial MADANI (SPS MADANI) merupakan inisiatif kerajaan yang menyediakan pembiayaan caruman 100% bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Inisiatif ini bertujuan melindungi individu yang bekerja sendiri dengan menawarkan perlindungan sosial secara percuma selama 12 bulan. Di bawah Pelan Caruman 2 (RM232.80), kerajaan membiayai sepenuhnya (100%) caruman tersebut kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang tergolong dalam kumpulan sasar yang ditetapkanKumpulan Sasaran:SPS Sukarelawan 3.0Anggota TenteraPolis SimpananPertahanan Awam MalaysiaMaritimBombaRELASPS Perkhidmat Rumah Ibadat 3.0Perkhidmatan Rumah Ibadat Islam MasjidSurau di bawah JAKIM / NegeriSPS Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti 3.0Sukarelawan di bawah Jabatan Kebajikan MasyarakatTerdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:Pelan Caruman PilihanPendapatan DiinsurankanCaruman BulananCaruman Tahunan1RM1,050RM13.10RM157.202RM1,550RM19.40RM232.803RM2,950RM36.90RM442.804RM3,950RM49.40RM592.80Pelan caruman:Pelan CarumanSumbangan Kerajaan(100 peratus)Pelan 2 (RM232.80)RM232.80Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Madani adalah seperti berikut:Jenis FaedahPelan 2Faedah PerubatanRawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkanFaedah Hilang Upaya Sementara (HUS)80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.Faedah Orang Tanggungan (FOT)RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggunganElaun Layanan Sentiasa (ELS)RM500 sebulanFaedah Pengurusan MayatRM3,000Faedah Pinjaman PendidikanFaedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)Kemudahan Pemulihan Jasmani atau VokasionalBekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini 
Permohonan Dibuka
Skim Perlindungan Sosial Padanan Caruman (SPS Padanan Caruman)
SPS Padanan Caruman merupakan skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2025 yang ditawarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) khas untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS). Menerusi skim ini, OBS hanya perlu membayar 30% (RM70.00) daripada jumlah caruman RM232.80 di bawah Pelan Caruman Dua, manakala baki 70% (RM162.80) akan ditanggung oleh Kerajaan. Setelah bayaran dibuat, OBS akan menerima perlindungan selama 12 bulan (1 tahun).Kumpulan sasaran:SPS Jaja 4.0Sektor Penjaja, Sektor Penjagaan dan Perawatan, Sektor Makanan, Sektor Pembuatan, Sektor Pengumpulan Barang.SPS Agro 3.0Sektor Pertanian, Sektor Penternakan, Sektor Perhutanan, Sektor Perladangan.Sektor Akuakultur, Perikanan Darat dan Laut.SPS Lain Upaya 4.0Orang kurang upaya yang Bekerja sendiri di bawah 20 sektorSPS Asal 4.0Orang Asli (Semenanjung) dan Orang Asal (Sabah dan Sarawak) yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.SPS Seni 4.0Semua kelas di bawah: Sektor Kesenian, Kebudayaan, Kreatif, Karangkraf, Silat, Budaya Warisan, Seni Ukir, Jurusolek; dan Artifak.SPS Gig 5.0Orang yang bekerja sendiri menggunakan aplikasi digital di bawah syarikat pengantara (Service Platform Provider) di bawah 20 sektor.SPS Usahawanita 4.0Wanita yang bekerja sendiri di bawah 20 sektor.SPS Sukan 3.0Semua sukan termasuk:Sukan tradisional, e-sukan, jurulatih, ahli sukan bertaraf profesional, pelajar-pelajar di bawah tajaan Majlis Sukan Negara; atau silat olahraga.SPS Didik 3.0Sektor pendidikan seperti: pendidik, pelajar latihan industri, pengajar, tutor, pengajar agama, kaunselor; dan pakar motivasi.SPS Servis 3.0Sektor Perkhidmatan Isi Rumah, Sektor Perkhidmatan Profesional, Premis Penginapan, Pemprosesan Data, Malim Gunung, Pemandu Pelancong, Segala Sukarelawan, Pegawai Keselamatan, Teknologi Maklumat, Sektor Khidmat Sokongan-Pemilikan Tunggal / Perkongsian (Enterprise) berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).SPS Lancong 1.0Orang Bekerja Sendiri di bawah 20 sektor yang berada di bawah Industri Pelancongan.SPS Pemimpin Masyarakat 1.0Datuk Batin, Pemimpin Masyarakat, Ketua Rumah Panjang; atau Ketua Orang Asli yang bekerja sendiri.SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 1.0Perkhidmat Rumah Ibadat Hindu, Kristian, Buddha yang sah dibawah peruntukan perlembagaan Malaysia.Terdapat empat (4) jenis Pelan bayaran caruman SKSPS, seperti berikut:Pelan Caruman PilihanPendapatan DiinsurankanCaruman BulananCaruman Tahunan1RM1,050RM13.10RM157.202RM1,550RM19.40RM232.803RM2,950RM36.90RM442.804RM3,950RM49.40RM592.80Pelan caruman:Pelan CarumanSumbangan Kerajaan(70 peratus)Caruman Orang Bekerja Sendiri / Syarikat Pengendali (30 peratus)Pelan 2 (RM232.80)RM162.80RM70.00Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Padanan Caruman adalah seperti berikut:Jenis FaedahPelan 2Faedah PerubatanRawatan perubatan di klinik panel / hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkanFaedah Hilang Upaya Sementara (HUS)80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari)Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.Faedah Orang Tanggungan (FOT)RM1,395* sebulan sepanjang hayat *tertakluk kepada kategori orang tanggunganElaun Layanan Sentiasa (ELS)RM500 sebulanFaedah Pengurusan MayatRM3,000Faedah Pinjaman PendidikanFaedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak Orang Bekerja Sendiri yang layak sekiranya Orang Bekerja Sendiri meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK)Kemudahan Pemulihan Jasmani atau VokasionalBekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi, dan lain-lain. Program "Return to Work (RTW)" serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan klik di sini 
Permohonan Dibuka
i-Saraan
i-Saraan ialah satu skim caruman sukarela di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2025, bertujuan membantu individu yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membuat simpanan bagi persaraan. Melalui skim ini, pencarum berpeluang menerima insentif khas daripada Kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. i-Saraan amat sesuai untuk golongan seperti pekerja sektor ekonomi gig, peniaga kecil, petani, nelayan dan mereka yang tidak dilindungi oleh caruman KWSP secara konvensional.Kadar Insentif Khas Kerajaan bagi program i-Saraan telah dinaikkan kepada 20% bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya pekerja tidak formal, untuk mula menyimpan demi kehidupan persaraan yang lebih sejahtera. Namun begitu, had maksimum insentif tahunan kekal sebanyak RM500 setahun, dan RM5,000 seumur hidup atau sehingga mencapai usia 60 tahun, mengikut mana-mana yang terdahulu bagi setiap individu.Faedah Caruman i-Saraan:FaedahPerkaraInsentif KhasMenerima insentif khas sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa*Pelepasan CukaiTertakluk kepada terma dan syarat LHDNDividen TahunanMenikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan Bantuan KematianTertakluk kepada terma dan syarat KWSP*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun yang mana lebih awal​. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan. Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan terus ke akaun ahli KWSP. Sila rujuk ilustrasi di bawah:Akaun Persaraan Bagi ahli yang berumur bawah 55 tahunAkaun EmasBagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahunHad Caruman:i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran ii. Maksimum RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i-Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahunUntuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan klik di sini