Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Terakhir dikemas kini pada
28/02/2025
- Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 1 Disember 2022 di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Skim ini bertujuan menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.
- Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut. Prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.
- SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
- SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman rasmi PERKESO
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
ii. Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun / belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
iii. Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu
Pendaftaran dan Pembayaran SKSSR boleh dibuat melalui:
i. Mana-mana pejabat PERKESO dengan melengkapkan Borang Pendaftaran; atau
ii. Membuat pendaftaran secara atas talian melalui laman rasmi PERKESO
Nota: Sila rujuk garis panduan
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda