Terakhir dikemas kini pada 29/05/2025
MADANI Mula Niaga merupakan skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan secara formal bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation)
Pembiayaan ini terbuka kepada semua sektor perniagaan
Berikut adalah ringkasan kemudahan pembiayaan tersebut:
Ciri-Ciri | Penerangan |
---|---|
Jumlah Pembiayaan |
|
Tempoh Pembiayaan |
|
Kadar Pembiayaan |
|
Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi MADANI Mula Niaga
Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di Laman Rasmi BSN
Mengemukakan permohonan ke Pusat Mikro Kewangan BSN/ cawangan utama negeri BSN
Dokumen yang diperlukan:
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah (jika berkenaan).
Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah
Salinan Kad Pesara / Penyata Bayaran Pencen atau sebarang dokumen untuk membuktikan pemilik perniagaan adalah pesara dari sektor Kerajaan (badan beruniform).
Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini.
Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.