Skim Pembiayaan Pensijilan Perniagaan (CERT)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 27/01/2025

  • Skim Pembiayaan Pensijilan Perniagaan (CERT) yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantu usahawan dalam usaha ke arah pensijilan halal

  • Skim pembiayaan ini adalah sebagai galakan untuk mengembangkan perniagaan.

PerkaraPenerangan
Skop Pembiayaan
  • Pengubahsuaian premis perniagaan; 
  • Pembelian Peralatan; 
  • Kos-kos lain yang berkaitan bagi mendapatkan pensijilan
Had PembiayaanRM100,000
Tempoh Pembiayaan
  • 7 tahun @ 84 bulan
Jaminan/Cagaran
  • Gadaian Tanah: Gadaian Tanah (mengikut tafsiran Kanun Tanah Negara 1965). Nilai Jualan Paksaan (Force Sales Value) tanah hendaklah bernilai tidak kurang sepuluh peratus (10%) daripada jumlah pembiayaan; 

     

    atau

     

  • Jaminan: Sekurang-kurangnya seorang penjamin berpendapatan tetap dan mempunyai pendapatan bulanan tidak kurang tiga peratus (3%) daripada jumlah pembiayaan;

     

    atau

     

  • Mana-mana gabungan perkara i dan ii; 

     

    atau

     

  • Simpanan Tetap Berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan sepuluh peratus (10%) daripada nilai pembiayaan;
  • Semua Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) diwajibkan menandatangani Surat Jaminan dan Tanggung Rugi (Jaminan Ahli Lembaga Pengarah)
Kadar Keuntungan4%

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MARA

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Telipon

TELEFON

03-2613-2000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda