Skim Takaful Tanaman Padi (STTP)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 03/03/2025

  • Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) dalah sebuah skim di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Agrobank bagi enyediakan bantuan kewangan kepada pesawah berdaftar di bawah Skim Baja Kerajaan Persekutuan (SBPKP) ("peserta") yang mengalami kerosakan atau kehilangan kekal kepada tanaman padi akibat bencana alam, perosak dan penyakit.
  • Jumlah perlindungan adalah terhad kepada maksimum RM3,000.00 setiap hektar setiap musim bagi kerosakan tanaman padi yang diakibatkan oleh bencana alam. Jumlah perlindungan yang dibayar bergantung kepada fasa penanaman iaitu fasa vegetatif, fasa reproduktif, dan fasa masak sebanyak 50% (RM1,500.00), 75% (RM2,250.00), dan 100% (RM3,000.00) setiap hektar.

 

 

Catatan: 

i. Tempoh perlindungan adalah untuk satu musim (6 bulan). Peserta-peserta perlu memperbaharui perlindungan setiap musim. 

ii. Jumlah perlindungan yang dibayar bergantung kepada fasa penanaman kerosakan berlaku iaitu fasa vegetatif, fasa reproduktif, dan fasa masak 50% (RM1,500.00), 75% (RM2,250.00), dan 100% (RM3,000.00) setiap hektar. 

iii. Tuntutan perlindungan akibat perosak tanaman dan penyakit adalah terhad kepada RM1,500 setiap hektar untuk satu musim. Sila rujuk sijil Skim untuk senarai perosak tanaman dan penyakit.

 

  • Sumbangan adalah RM60.00 setiap hektar setiap musim. Walau bagaimana pun, anda tidak perlu membayar kerana sumbangan ini disubsidi sepenuhnya oleh Kerajaan. Bagi setiap caruman yang diterima, pihak Syarikat akan mengenakan caj seperti berikut:

Jenis

Amaun

Yuran Wakalah
  • 30% daripada caruman yang disubsidikan akan ditolak sebagai Yuran Wakalah. Daripada jumlah ini:

    i. 25% akan digunakan sebagai perbelanjaan pengurusan Syarikat. 

    ii. 5% akan dibayar kepada Penjaga Sijil Induk sebagai yuran pengurusan (Ujrah).

Duti Setem
  • Tiada
Cukai Perkhidmatan
  • Tertakluk kepada kadar cukai perkhidmatan yang ditetapkan oleh kementerian yang berkenaan

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi Agrobank 

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
Telipon

TELEFON

03-2731-1600

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda