Terakhir dikemas kini pada 16/01/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SPNB
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun
iii. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000
iv. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
v. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan
vi. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
vii. Tertakluk kepada peruntukan kewangan
Nota: Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia. Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
Kaedah memohon:
i. Isi borang pendaftaran secara dalam talian melalui laman sesawang SPNB
ii. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
iii. Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
iv. Isi maklumat ke dalam sistem
v. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
vi. Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
vii. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan
Nota: Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian.
Dokumen yang diperlukan:
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
ii. Salinan kad pengenalan tuan tanah
iii. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
iv. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
v. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
vi. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
vii. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
viii. Salinan sijil nikah pemohon
xi. Borang laporan tapak bergambar
Nota:
i. Surat Pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
ii. SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
iii. Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
iv. Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.