Kemudahan Automasi dan Digital PKS (ADF)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/07/2025

  • Kemudahan Automasi dan Digital PKS (ADF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan oleh  Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Belanjawan 2025  bertujuan bagi menggalakkan PKS untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. 
  • Pembiayaan  ini melibatkan pembelian peralatan, mesin, perkakas teknologi komunikasi dan maklumat, penyelesaian dan perkhidmatan IT, sokongan teknologi dan lain-lain aset tidak ketara bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan. (Tidak boleh digunakan untuk membiayai semula pembiayaan sedia ada)
  • Pembiayaan ini  tersedia sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya.

    Jumlah pembiayaan maksimum
    • RM3 juta
    Kadar pembiayaan
    • 4% setahun (termasuk sebarang fi jaminan)
    Tempoh pembiayaan maksimum
    • Sehingga 10 tahun
    Perlindungan jaminan
    • 80% (fi jaminan sebanyak 0.5% setahun) 

     

    Nota: Institusi kewangan peserta boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)

    Institusi kewangan peserta (IKP)
    • Bank-bank perdagangan
    • Bank-bank Islam
    • Institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM

     

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Bank Negara Malaysia (BNM)
Telipon

TELEFON

+603-2698-8044

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda