Terakhir dikemas kini pada 25/02/2025
Tabung Khas Pelancongan (TKP) ialah skim pembiayaan kewangan oleh SME Bank yang berkonsepkan Islamik di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menyokong usaha kerajaan membangunkan industri pelancongan bagi tujuan pembelian aset dan keperluan modal kerja.
Perkara | Penerangan |
---|---|
Had Pembiayaan |
|
Kadar Keuntungan |
|
Margin Pembiayaan |
|
Jaminan |
|
Tempoh Pembiayaan | Pembelian Aset:
Modal Kerja:
|
Cagaran:
i. Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank.
ii. Jaminan peribadi / jaminan bersama dan berasingan
Takaful:
i. Takaful Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi SME Bank
Kelayakan:
i. Syarikat Bumiputera bertaraf kecil dan sederhana (minimum pegangan ekuiti Bumiputera 60%) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Akta Koperasi 1993.
ii. Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atau menerima penarafan MOTAC atau mendapat sokongan sebagai projek pelancongan oleh Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP), MOTAC.
iii. Dana pemegang saham syarikat tidak melebihi RM10.0 juta.
iv. Pelanggan sedia ada SME Bank atau syarikat yang telah beroperasi sekurang-kurangnya selama (2) tahun.
Projek-projek yang layak dibiayai: Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan MOTAC atau menerima penarafan MOTAC atau mendapat sokongan sebagai projek pelancongan oleh JKPTP, MOTAC. Keutamaan dana diberi kepada projek-projek berikut:
i. Pengubahsuaian dan menaik taraf premis penginapan pelancongan termasuk kerja-kerja pengindahan hotel, motel, inapdesa (berdaftar dengan MOTAC), chalet, rumah persinggahan dan lain-lain projek yang diiktiraf oleh MOTAC.
ii. Penyediaan perkhidmatan pengangkutan berkaitan dengan pelancongan seperti koc, kereta sewa pandu, feri, bot, bas persiaran, hidrofoil dan lain-lain.
iii. Penyediaan kemudahan yang berkaitan dengan pelancongan seperti pusat cenderamata, kraftangan, kedai bebas cukai, peralatan rekreasi di kawasan pelancongan seperti marina, basikal, bot dan lain-lain (kecuali peralatan golf).
iv. Modal kerja untuk aktiviti berkaitan pelancongan.
Dokumen yang diperlukan:
Salinan kad pengenalan untuk semua pengarah/pemegang saham/rakan kongsi/pemilik/penjamin
Salinan pendaftaran perniagaan yang sah
Dokumen kesetiausahaan yang diperakui
Akaun beraudit atau akau pengurusan terkini
Penyata akaun bank untuk 6 bulan terakhir yang disahkan
Pelan perniagaan
Lain-lain dokumen yang berkaitan yang diperlukan oleh pihak Bank