Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF)
Terakhir dikemas kini pada
09/07/2025
- Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF) adalah sebuah kemudahan pembiayaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk menggalakkan dan menyokong PKS menerapkan amalan lestari dan karbon rendah.
- Kemudahan Peralihan Karbon Rendah ditawarkan kepada PKS dalam semua sektor yang komited untuk mengubah operasi perniagaan kepada operasi karbon rendah. Ia termasuk aktiviti untuk menambahbaik kecekapan tenaga, meningkatkan penggunaan bahan diakui lestari dalam pengeluaran dan mendapatkan pensijilan kelestarian.
- Institusi kewangan peserta akan menyediakan pembiayaan secara padanan
Tujuan pembiayaan | - Untuk membiayai perbelanjaan modal atau modal kerja bagi memulakan atau memudahkan peralihan kepada operasi karbon rendah dan lestari
|
Tempoh pembiayaan | |
Saiz pembiayaan setiap PKS | |
Kadar pembiayaan kepada PKS | - Kadar pembiayaan maksimum 5.0% setahun, termasuk fi jaminan (jika ada)
|
Jaminan | - Skim jaminan yang tersedia di bawah Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) / Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP)
|
Tempoh permohonan | - 3 Februari 2022 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya
|
- Semua permohonan perlu dihantar terus kepada institusi kewangan peserta untuk mengurangkan risiko penipuan kewangan.
- Institusi kewangan peserta tidak menggunakan mana-mana ejen pihak ketiga bagi tujuan kemudahan ini.
- Bagi maklumat lanjut berkenaan Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF), sila rujuk soalan lazim.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda