BUDI MADANI - BUDI Agri-Komoditi
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 23/07/2025

  • BUDI Agri-Komoditi ialah sumbangan tunai Kerajaan susulan pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Bantuan ini khusus untuk petani kecil (tanaman, akuakultur, ternakan) dan pekebun kecil (sawit, getah, koko, lada, kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
  • Permohonan BUDI Agri-Komoditi adalah dibuka mulai 28 Mei 2024.
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau sekiranya penerima yang lulus tiada akaun bank, bantuan dapat diterima secara tunai di mana-mana Cawangan BSN.
  • KPKM dan KPK akan membuat proses verifikasi secara berkala bagi memastikan hanya penerima yang layak menerima bantuan tunai.
  • Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM200 dan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada setiap bulan mulai Jun 2024.

 

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi BUDI MADANI

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) & Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
Telipon

TELEFON

03-8870-1207 (Petani Kecil)

03-8880-1475 (Pekebun Kecil)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda