Terakhir dikemas kini pada 28/02/2025
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi MARiiCas
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
ii. Pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
iii. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1, atau B2).
Cara Memohon:
i. Layari laman web rasmi MARiiCas
ii. Daftar sebagai pengguna baharu dengan mengisi maklumat peribadi yang diperlukan.
iii. Muat naik dokumen sokongan seperti kad pengenalan, lesen memandu, dan dokumen berkaitan pendapatan.
iv. Bayar yuran perkhidmatan dan pengesahan identiti sebanyak RM10.
v. Selepas permohonan diluluskan, anda akan menerima kod QR yang sah untuk 30 hari.
vi. Bawa kod QR tersebut ke pengedar motosikal elektrik berdaftar untuk menebus rebat semasa pembelian atau langganan.